Sesiapa yang berpegang bahawa iman itu menaik dan menurun, maka menambahnya merupakan nifaq dan mengurangkannya merupakan kekufuran

TEKS BAHASA ARAB

[حَدِيثٌ] ” مَنْ زَعَمَ أَنَّ الإِيمَانَ يَزِيدُ وَيَنْقُصُ فَزِيَادَتُهُ نِفَاقٌ وَنُقْصَانُهُ كُفْرٌ، فَإِنْ تَابُوا، وَإِلا فَاضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ بِالسَّيْفِ، أُولَئِكَ أَعْدَاءُ الرَّحْمَنِ فَارَقُوا دِينَ اللَّهِ وَانْتَحَلُوا الْكُفْرَ، وَخَاصَمُوا فِي اللَّهِ طَهَّرَ اللَّهُ الأَرْضَ مِنْهُمْ أَلا فَلا صَلاةَ لَهُمْ، أَلا فَلا زَكَاةَ لَهُمْ، أَلا فَلا صَوْمَ لَهُمْ أَلا فَلا حَجَّ لَهُمْ أَلا فَلا دِينَ لَهُمْ هُمْ بُرَآء من رَسُول الله وَرَسُول الله برِئ مِنْهُمْ “

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berpegang bahawa iman itu menaik dan menurun, maka menambahnya merupakan nifaq dan mengurangkannya merupakan kekufuran, hendaklah dia bertaubat, jika tidak pukullah leher mereka dengan pedang, mereka itu adalah musuh Ar-Rahman mereka telah berpisah dengan agama Allah dan memeluk kekufuran, mereka menyaingi Allah, Allah telah menyucikan bumi dari mereka, ketahuilah tiada solat bagi mereka dan ketahuilah tiada zakat bagi mereka dan ketahuilah tiada puasa bagi mereka dan ketahuilah tiada haji bagi mereka, mereka berlepas dari dari Rasulullah dan Rasulullah berlepas diri dari mereka

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Ibn Iraq Al-Kinani dalam Tanzih al-Syariah (kitab yang menghimpunkan hadis-hadis palsu),

Imam Ibnu Jauzi menyatakan bahawa hadith ini palsu yang direka Muhammad bin al-Qasim al-Thalkani  ( al-Maudhu’at 1/133)

Imam al-suyuthi juga menyatakan bahawa hadith ini palsu ( al-Laie al-Masnu’ 1/43)

RUJUKAN

  • ‘Alī bin Muḥammad, Ibn. ‘Irāq al-Kinani. (1399). Tanzīḥ al-Sharī‘ah al-Marfū‘ah ‘an al-Akhbār al-Shanī‘ah al-Mawdū‘ah. (‘Abd al-Wahhāb ‘Abd Al-Laṭīf & ‘Abd Allāh Muḥammad al-Ṣiddīq Al-Ghummārī, Eds.). Bayrūt: Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini telah dimasukkan disini melalui Projek Tanzih yang biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!

Sekiranya ada kesilapan (terjemahan, fakta, dll.) mohon maklumkan kepada kami di admin@semakhadis.com.