Sesiapa yang berbuka puasa sehari pada bulan ramadhan

مَنْ أَفْطَرَ يَوْماً مِنْ رَمَضَانَ فِي غَيْرِ رُخْصَةٍ رَخَّصَهَا اللهُ لَهُ، لَمْ يَقْضِ عَنْهُ صِيَامُ الدَّهْرِ كُلُّهُ، وَإِنْ صَامَهُ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Sesiapa yang berbuka puasa sehari pada bulan ramadhan tanpa adanya rukhshah yang telah diberikan oleh Allah, maka puasanya setahun penuh yang dia lakukan tidak akan dapat mengqadhakan (pahala sehari berpuasa di bulan ramadhan)”

 …

DARJAT HADIS

Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Al-Tirmizi di dalam kitab Sunannya, jilid 3, m/s 92.
  • Imam Ahmad di dalam Musnadnya, jilid 16, m/s 101.
  • Imam Ibnu Iraq Al-Kanani di dalam kitabnya Tanzih al-Syari’ah, jilid 2, m/s 148.
  • Imam Al-Munziri di dalam kitabnya Al-Targhib wa Al-Tarhib, jilid 2, m/s 74.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Sheikh Syu’aib al-Arnouth menyatakan hadis ini dhaif kerana pada sanadnya ada Al-Mutawwus dan ayahnya yang tidak dikenali.
  • Sheikh Husain Salim Asad Al-Darani menyatakan sanad hadis ini dhaif.
  • Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini juga dhaif.

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki