Sesiapa solat sunat selepas Maghrib enam rakaat

Teks Bahasa Arab

مَنْ صَلَّى بَعْدَ المغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ بَيْنَهُنَّ بِشَيْءٍ عَدَلْنَ لَهُ عِبَادَةَ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً

Teks Bahasa Malaysia

Sesiapa solat sunat selepas Maghrib enam rakaat dan tidak menyelisihi dengan perkataan apa pun antaranya, maka baginya pahala yang sama dengan ibadah selama 12 tahun.

Status
  • Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Komentar Ibn al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif,

وَمِنْ ذَلِكَ حَدِيثٍ

Contoh seterusnya ialah

يَرْوِيهِ عُمَرُ بْنُ رَاشِدٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ

hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Rasyid daripada Yahya bin Abi Kasir daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah katanya,

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

Rasul Allah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى بَعْدَ المغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ بَيْنَهُنَّ بِشَيْءٍ عَدَلْنَ لَهُ عِبَادَةَ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً

“Sesiapa solat sunat selepas Maghrib enam rakaat dan tidak menyelisihi dengan perkataan apa pun antaranya, maka baginya pahala yang sama dengan ibadah selama 12 tahun.”

وَعُمَرُ هَذَا قَالَ فِيهِ الإِمَامُ أَحْمَدُ وَيَحْيَى بن معين والدارقطني:

Dan Umar ini dinilai dhoif oleh Imam Ahmad, Yahya bin Ma’in dan ad-Daruqutni.

وَقَالَ أَحْمَدُ أَيْضًا: “لا يُسَاوِي حَدِيثُهُ شَيْئًا”

Imam Ahmad juga menyatakan: “Hadis beliau tiada nilai sama sekali.”

وَقَالَ الْبُخَارِيُّ: “منكر الحديث وضعفه جدا”.

 Sementara itu, al-Bukhari menyatakan: “(Umar bin Rasyid) Munkarul Hadis dan sangat lemah.”

وقال ابن حبان: “لا يَحِلُّ ذِكْرُهُ إِلا عَلَى سَبِيلِ الْقَدْحِ فِيهِ فَإِنَّهُ يَضَعُ الْحَدِيثَ عَلَى مَالِكٍ وَابْنِ أبي ذِئْبٍ وَغَيْرِهِمَا مِنَ الثِّقَاتِ”.

Ibnu Hibban berkata: “Tidak dibenarkan menyebut namanya kecuali untuk mencelanya, kerana dia memalsukan hadis daripada Malik dan Ibnu Abi Zi’bi dan imam-imam yang dipercayai selain mereka.”

Rujukan
  • Muḥammad bin Abī Bakr, Ibn Qayyim al-Jawziyyah. 1390H. Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf tahqīq. ‘Abd al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Halab: Maktabah al-Maṭbū‘āt al-Islāmiyyah, hal. 47-48.
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, hal. 35.
  • Muḥammad bin Aḥmad Al-Dhahabī. (1963). Mīzān al-I’tidāl fī Naqd al-Rijāl. (‘Alī Muḥammad Al-Bajāwī, Ed.) (Vol. 4 vols). Bayrut: Dār al-Ma’rifah, jil. 2, hal. 27, no. 2874.
Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!