Sesiapa solat pada malam Isnin 6 rakaat, membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali dan Qul huwallahu ahad 20 kali

Teks Bahasa Arab

مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الاثْنَيْنِ سِتَّ رَكَعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ مَرَّةً وَعِشْرِينَ مَرَّةً {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ} وَيَسْتَغْفِرُ اللهَ بَعْدَ ذَلِكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ أَعْطَاهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَوَابَ أَلْفِ صِدِّيقٍ وَأَلْفِ عَابِدٍ وَأَلْفِ زَاهِدٍ.

Teks Bahasa Malaysia

Sesiapa solat pada malam Isnin 6 rakaat, membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali dan Qul huwallahu ahad 20 kali, kemudian disusuli dengan istighfar 10 kali, maka Allah akan berikan kepadanya pahala 1000 orang yang jujur, 1000 orang ahli ibadah dan 1000 orang yang zuhud.

Status
  • Hadis Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Kata Ibn al-Qayyim dalam al-Manar al-Munif,

وَمِنْ ذَلِكَ حَدِيثِ

Contoh hadis yang lain[1]:

مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الاثْنَيْنِ سِتَّ رَكَعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ مَرَّةً وَعِشْرِينَ مَرَّةً {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ} وَيَسْتَغْفِرُ اللهَ بَعْدَ ذَلِكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ أَعْطَاهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَوَابَ أَلْفِ صِدِّيقٍ وَأَلْفِ عَابِدٍ وَأَلْفِ زَاهِدٍ.

“Sesiapa solat pada malam Isnin 6 rakaat, membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali dan Qul huwallahu ahad 20 kali, kemudian disusuli dengan istighfar 10 kali, maka Allah akan berikan kepadanya pahala 1000 orang yang jujur, 1000 orang ahli ibadah dan 1000 orang yang zuhud.”[2]

فَقَبَّحَ اللَّهُ وَاضِعَهُ وَمُخْتَلِقَهُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ مِنْ عَمَلِ الْجُوَيْبَارِيِّ الْخَبِيثِ.

Maka, moga Allah memburukkan pemalsunya dan perekanya terhadap Rasul Allah salla Allah ‘alayhi wa sallam. Dan ianya adalah dari kerja al-Juwaybary al-Khabith (Si Juwaybari yang teruk).[3]


[1] Contoh ini adalah bersumberkan daripada pemalsu yang bernama al-Husain bin Ibrahim. Dia ialah seorang pendusta lagi Dajjal. Lihat nota kaki buku “Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu” no. 54.

[2] Direkodkan oleh Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at: 2/424. Beliau berkata: Palsu.

[3] Bahagian ini tidak diterjemahkan dalam buku “Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu”

Rujukan
  • Muḥammad bin Abī Bakr, Ibn Qayyim al-Jawziyyah. 1390H. Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf tahqīq. ‘Abd al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Halab: Maktabah al-Maṭbū‘āt al-Islāmiyyah, hal. 49.
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, hal.37-38.
Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!