Sesiapa solat pada hari Isnin 4 rakaat, membaca pada tiap rakaat surah al-Fatihah sekali, Ayatul Kursi, Qul huwallahu ahad sekali dan Qul a’uzubirabbin nas sekali

Teks Bahasa Arab

مَنْ صَلَّى يَوْمَ الاثْنَيْنِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ مَرَّة وآيَةُ الكُرْسِي مَرَّةً و {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ} مَرَّةً وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ مَرَّةً كُفِّرَتْ ذُنُوبُهُ كُلُّهَا وَأَعْطَاهُ اللهُ قَصْرًا فِي الْجَنَّةِ مِنْ دُرَّةٍ بَيْضَاءَ فِي جَوفِ الْقَصْرِ سَبْعَةُ أَّبْيَاتٍ طُولُ كُلِّ بَيْتٍ ثَلاثَةُ آلافِ ذِرَاعٍ وَعَرْضُهُ مِثْلُ ذَلِكَ

Teks Bahasa Malaysia

Sesiapa solat pada hari Isnin 4 rakaat, membaca pada tiap rakaat surah al-Fatihah sekali, Ayatul Kursi, Qul huwallahu ahad sekali dan Qul a’uzubirabbin nas sekali, maka akan dihapuskan seluruh dosanya dan Allah akan menganugerahkannya sebuah istana di syurga daripada mutiara putih, di dalam istana ada tujuh rumah yang tingginya 3000 hasta, dan lebarnya seperti itu juga.

Status
  • Hadis Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Kata Ibn Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif,

وَمِنْ ذَلِكَ حَدِيثِ

Contoh hadis yang lain,

مَنْ صَلَّى يَوْمَ الاثْنَيْنِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ مَرَّة وآيَةُ الكُرْسِي مَرَّةً و {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ} مَرَّةً وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ مَرَّةً كُفِّرَتْ ذُنُوبُهُ كُلُّهَا وَأَعْطَاهُ اللهُ قَصْرًا فِي الْجَنَّةِ مِنْ دُرَّةٍ بَيْضَاءَ فِي جَوفِ الْقَصْرِ سَبْعَةُ أَّبْيَاتٍ طُولُ كُلِّ بَيْتٍ ثَلاثَةُ آلافِ ذِرَاعٍ وَعَرْضُهُ مِثْلُ ذَلِكَ

“Sesiapa solat pada hari Isnin 4 rakaat, membaca pada tiap rakaat surah al-Fatihah sekali, Ayatul Kursi, Qul huwallahu ahad sekali dan Qul a’uzubirabbin nas sekali, maka akan dihapuskan seluruh dosanya dan Allah akan menganugerahkannya sebuah istana di syurga daripada mutiara putih, di dalam istana ada tujuh rumah yang tingginya 3000 hasta, dan lebarnya seperti itu juga.”[1]

وَاسْتَمَرَّ هَذَا الْكَذَّابُ الْخَبِيثُ عَلَى حَدِيثٍ طَوِيلٍ فِيهِ مِنَ هَذِهِ الْمُجَازَفَاتِ

Lanjutan hadis ini masih dipanjangkan oleh pendusta yang keji ini. Di dalamnya terdapat kenyataan berhubung ganjaran yang sangat berlebihan.

وَهُوَ مِنْ عَمَلِ الْحُسَيْنِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ كَذَّابٌ يَرْوِي عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ طَاهِرٍ

Ini adalah hasil ciptaan al-Husain bin Ibrahim pendusta (lagi dajjal) yang meriwayatkan daripada Muhammad bin Tohir

 وَوَضَعَ مِنْ هَذَا الضَّرْبِ أَحَادِيثَ صَلاةِ يَوْمِ الأَحَدِ وَلَيْلَةِ الأَحَدِ وَصَلاةِ يَوْمِ الاثْنَيْنِ وليلة الاثنين ويوم الثلاثاء وليلة الثُّلاثَاءِ وَهَكَذَا فِي سَائِرِ أَيَّامِ الأُسْبُوعِ وَلَيَالِيهِ.

dan dia memalsukan hadis-hadis tentang keutamaan solat-solat pada hari Ahad, malam Ahad, hari Isnin, malam Isnin, hari Selasa, malam Selasa dan demikian seterusnya hingga genap 7 hari 7 malam.

وَهَذَا بَابٌ وَاسِعٌ جِدًا وَإِنَّمَا ذَكَرْنَا مِنْهُ جُزْءًا يَسِيرًا لِيُعْرَفَ بِهِ أَنَّ هَذِهِ الأَحَادِيثَ وَأَمْثَالَهَا مِمَّا فِيهِ هَذِهِ الْمُجَازَفَاتِ الْقَبِيحَةِ الْبَارِدَةِ كلها كذب على رسول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bab ini sangat luas (perbahasannya). Kami hanya menyebutkan contoh yang amat sedikit agar diketahui bahawa hadis-hadis ini dan lainnya, yang terdapat sifat berlebih-lebihan yang keji serta jauh daripada kebenaran adalah pendustaan atas nama Rasulullah SAW.

فَقَدِ اعْتَنَى بِهَا كَثْيرٌ مِنَ الْجُهَّالِ بِالْحَدِيثِ مِنَ الْمُنْتَسِبِينَ إِلَى الزُّهْدِ وَالْفَقْرِ وَكَثِيرٌ مِنَ الْمُنْتَسِبِينَ إِلَى الْفِقْهِ

Hadis-hadis seperti ini ternyata banyak diamalkan oleh kebanyakkan orang-orang yang jahil terhadap hadis nabi. Mereka itu terdiri daripada orang yang disandarkan kepada sifat zuhud dan fakir, serta ramai juga daripada kalangan orang yang disandarkan kepada ilmu fikah.


[1] Direkodkan oleh Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at: 2/425.

Rujukan
  • Muḥammad bin Abī Bakr, Ibn Qayyim al-Jawziyyah. 1390H. Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf tahqīq. ‘Abd al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Halab: Maktabah al-Maṭbū‘āt al-Islāmiyyah, hal. 49-50.
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, hal. 38-39.
Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!