Sesiapa solat pada hari Ahad sebanyak empat rakaat dengan satu salam, dia membaca di setiap rakaat Alhamdulillah

Teks Bahasa Arab

مَنْ صَلَّى يَوْمَ الأَحَدِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ بِتَسْلِيمَةٍ وَاحِدَةٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ (الْحَمْدَ) و (آمن الرَّسُولُ) إلَى آخِرِهَا كَتَبَ اللهُ لَهُ أَلْفَ حَجَّةٍوَأَلْفَ عُمْرَةٍ وَأَلْفَ غَزْوَةٍ وَبِكُلِّ رَكْعَةٍ أَلْفَ صَلاةٍ وَجَعَلَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّارِ أَلْفَ خَنْدَقٍ

Teks Bahasa Malaysia

Sesiapa solat pada hari Ahad sebanyak empat rakaat dengan satu salam, dia membaca di setiap rakaat Alhamdulillah (surah al-Fatihah) dan Amanarrasul (surah al-Baqarah ayat 285) hingga habis, maka Allah akan menulis baginya pahala 1000 kali haji dan 1000 kali umrah, 1000 kali jihad dan tiap rakaatnya sama dengan 1000 solat, dan akan dibuatkan pemisah antara dia dan neraka sejauh 1000 parit.

Status
  • Hadis Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Kata Ibn Qayyim dalam al-Manar al-Munif,

وَمِنْ ذَلِكَ حَدِيثِ

Contoh yang lain ialah hadis[1]:

مَنْ صَلَّى يَوْمَ الأَحَدِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ بِتَسْلِيمَةٍ وَاحِدَةٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ (الْحَمْدَ) و (آمن الرَّسُولُ) إلَى آخِرِهَا كَتَبَ اللهُ لَهُ أَلْفَ حَجَّةٍوَأَلْفَ عُمْرَةٍ وَأَلْفَ غَزْوَةٍ وَبِكُلِّ رَكْعَةٍ أَلْفَ صَلاةٍ وَجَعَلَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّارِ أَلْفَ خَنْدَقٍ…

“Sesiapa solat pada hari Ahad sebanyak empat rakaat dengan satu salam, dia membaca di setiap rakaat Alhamdulillah (surah al-Fatihah) dan Amanarrasul (surah al-Baqarah ayat 285) hingga habis, maka Allah akan menulis baginya pahala 1000 kali haji dan 1000 kali umrah, 1000 kali jihad dan tiap rakaatnya sama dengan 1000 solat, dan akan dibuatkan pemisah antara dia dan neraka sejauh 1000 parit.”[2]

 فَقَبَّحَ اللَّهُ وَاضِعَهُ مَا أَجْرَأَهُ عَلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ.

Semoga Allah mengutuk pemalsu hadis ini, betapa lancangnya dia (berbohong) ke atas Allah dan Rasul-Nya.


[1] Contoh ini adalah bersumberkan daripada pemalsu yang bernama al-Husain bin Ibrahim. Dia ialah seorang pendusta lagi Dajjal. Lihat nota kaki buku “Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu” no. 54.

[2] Direkodkan oleh Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at: 2/423.

Rujukan
  • Muḥammad bin Abī Bakr, Ibn Qayyim al-Jawziyyah. 1390H. Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf tahqīq. ‘Abd al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Halab: Maktabah al-Maṭbū‘āt al-Islāmiyyah, hal. 48.
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, hal. 36.
Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!