Sesiapa solat di malam Ahad empat rakaat, dan membaca pada tiap rakaatnya al-Fatihah sekali dan Qul huwallahu ahad 15 kali

Teks Bahasa Arab

مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الأَحَدِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ مرة و {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ} خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً أَعْطَاهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَوَابَ مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ عَشْرَ مَرَّاتٍ وَعَمِلَ بِمَا فِي الْقُرآنِ وَيَخْرُجُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ قَبْرِهِ وَوَجْهُهُ مِثْلُ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ وَيُعْطِيهِ اللهُ بِكُلِّ رَكْعَةٍ أَلْفَ مَدِينَةٍ مِنْ لُؤْلؤٍ فِي كُلِّ مَدِيْنَةٍ أَلْفُ قَصْرٍ مِنْ زَبَرجَدٍ فِي كُلِّ قَصْرٍ أَلْفُ دَارٍ مِنَ الْيَاقُوتِ فِي كُلِّ دَارٍ أَلْفُ بَيْتٍ مِنَ الْمِسْكِ فِي كُلِّ بَيْتٍ أَلْفُ سَرِيرٍ…

Teks Bahasa Malaysia

Sesiapa solat di malam Ahad empat rakaat, dan membaca pada tiap rakaatnya al-Fatihah sekali dan Qul huwallahu ahad 15 kali, maka Allah akan memberikan untuknya pada hari kiamat, pahala orang yang khatam membaca al-Quran sebanyak 10 kali dan mengamalkan semua kandungannya.

Dia akan keluar dari kubur pada hari kiamat dalam keadaan wajahnya berseri seperti bulan pernama, dan Allah akan memberikan kepadanya 1000 kota daripada mutiara daripada setiap rakaat. Tiap-tiap kota ada 1000 istana daripada zamrud. Pada tiap-tiap istana ada rumah daripada kasturi dan tiap-tiap rumah ada 1000 katil…

Status
  • Hadis Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Kata Ibn Qayyim dalam al-Manar al-Munif,

وَمِنْ ذَلِكَ حَدِيثِ

Contoh hadis yang lain[1],

مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الأَحَدِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ مرة و {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ} خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً أَعْطَاهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَوَابَ مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ عَشْرَ مَرَّاتٍ وَعَمِلَ بِمَا فِي الْقُرآنِ وَيَخْرُجُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ قَبْرِهِ وَوَجْهُهُ مِثْلُ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ وَيُعْطِيهِ اللهُ بِكُلِّ رَكْعَةٍ أَلْفَ مَدِينَةٍ مِنْ لُؤْلؤٍ فِي كُلِّ مَدِيْنَةٍ أَلْفُ قَصْرٍ مِنْ زَبَرجَدٍ فِي كُلِّ قَصْرٍ أَلْفُ دَارٍ مِنَ الْيَاقُوتِ فِي كُلِّ دَارٍ أَلْفُ بَيْتٍ مِنَ الْمِسْكِ فِي كُلِّ بَيْتٍ أَلْفُ سَرِيرٍ…

“Sesiapa solat di malam Ahad empat rakaat, dan membaca pada tiap rakaatnya al-Fatihah sekali dan Qul huwallahu ahad 15 kali, maka Allah akan memberikan untuknya pada hari kiamat, pahala orang yang khatam membaca al-Quran sebanyak 10 kali dan mengamalkan semua kandungannya.

Dia akan keluar dari kubur pada hari kiamat dalam keadaan wajahnya berseri seperti bulan pernama, dan Allah akan memberikan kepadanya 1000 kota daripada mutiara daripada setiap rakaat. Tiap-tiap kota ada 1000 istana daripada zamrud. Pada tiap-tiap istana ada rumah daripada kasturi dan tiap-tiap rumah ada 1000 katil…”

وَاسْتَمَرَّ هَذَا الْكَذَّابُ الأَشَرُّ عَلَى الأَلْفِ!.

Pendusta ini masih meneruskan penipuannya dengan menyebutkan angka 1000 yang lain.


[1] Contoh ini adalah bersumberkan daripada pemalsu yang bernama al-Husain bin Ibrahim. Dia ialah seorang pendusta lagi Dajjal. Lihat nota kaki buku “Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu” no. 54.

Rujukan
  • Muḥammad bin Abī Bakr, Ibn Qayyim al-Jawziyyah. 1390H. Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf tahqīq. ‘Abd al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Halab: Maktabah al-Maṭbū‘āt al-Islāmiyyah, hal. 48.
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, hal. 36.
Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!