Sesiapa mandi di hari Jumaat dengan niat yang mengharapkan pahala

TEKS BAHASA ARAB

من اغتسل يوم الجمعة بنية وحسبة كتب الله له بكل شعرة نورا يوم القيامة ورفع له بكل قطرة درجة في الجنة من الدر والياقوت والزبرجد بين كل درجتين مسيرة ‌مئة ‌عام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa mandi di hari Jumaat dengan niat yang mengharapkan pahala, maka Allah akan menulis baginya setiap rambut, satu cahaya pada hari kiamat dan Allah akan mengangkat setiap baginya satu titis, satu darjat, jarak antara dua darjat adalah perjalanan selama 100 tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 39, hadis nombor 52. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.

Umar Bin Subh
Hadis-hadis palsu ini adalah kegelapan, berlebihan dan menghembuskan bayu kepalsuan atas nama Rasulullah SAW seperti di dalam hadis:
مَنْ صَلَّى الضُّحَى كَذَا وَكَذَا رَكْعَةً أُعْطِيَ ثَوَابَ سَبْعِينَ نَبِيًّا
“Sesiapa solat duha sekian rakaat maka akan diberi pahala 70 nabi.”
Seolah-olah pendusta yang jahat ini tidak tahu bahawa sekalipun seseorang yang bukan nabi beribadah selama umur Nabi Nuh sekalipun, nescaya tidak akan menyamai pahala seorang nabi pun.
Sebagaimana di dalam hadis:
مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِنِيَّةٍ وَحِسْبَةٍ كَتَبَ اللهُ لَهُ بِكُلِّ شَعْرَةٍ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَرَفَعَ لَهُ بِكُلِّ قَطْرَةٍ دَرَجَةً فِي الْجَنَّةِ مِنَ الدُّرِّ وَالْيَاقُوتِ وَالزَّبَرْجَدِ بَيْنَ كُلِّ دَرْجَتَيْنِ مَسِيْرَةِ مِئَة عَامٍ
“Sesiapa mandi di hari Jumaat dengan niat yang mengharapkan pahala, maka Allah akan menulis baginya setiap rambut, satu cahaya pada hari kiamat dan Allah akan mengangkat setiap baginya satu titis, satu darjat, jarak antara dua darjat adalah perjalanan selama 100 tahun.”
Hadis ini masih panjang. Semoga Allah mengutuk pembuat hadis ini, dia ialah Umar bin Subhin, pendusta yang keji.

RUJUKAN

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Maktabah al-Matbu’at al-Islamiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. (2015). Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu (Solehah Abu Bakar, Ed.). Kemilau Publika.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs