Sesiapa berpuasa pada pagi Aidilfitri, maka seolah-olah berpuasa setahun keseluruhannya

Teks Bahasa Arab

مَنْ صَامَ صَبِيحَةَ يَوْمِ الْفِطْرِ فَكَأَنَّمَا صَامَ الدَّهْرَ كُلُّهُ

Teks Bahasa Malaysia

Sesiapa berpuasa pada pagi Aidilfitri, maka seolah-olah berpuasa setahun keseluruhannya

Status
  • Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Komentar Ibn al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif,

وَمِنْ ذَلِكَ حَدِيثِ يَرْوِيهِ مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْبَيْلَمَانِيُّ عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Termasuk juga hadis palsu adalah hadis yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Abdul Rahman bin al-Bailamani daripada Ibn Umar daripada Nabi SAW,

مَنْ صَامَ صَبِيحَةَ يَوْمِ الْفِطْرِ فَكَأَنَّمَا صَامَ الدَّهْرَ كُلُّهُ

“Sesiapa berpuasa pada pagi Aidilfitri, maka seolah-olah berpuasa setahun keseluruhannya.”

وَهَذَا حَدِيثٌ باطل موضع عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. وابن البيلمان يَرْوِي الْمَنَاكِيرَ

Hadis ini batil dan dipalsukan atas nama Nabi SAW. Abdul Rahman bin al-Bailamani meriwayatkan hadis-hadis munkar.

قَالَ الْبُخَارِيُّ وَأَبُو حَاتِمٍ الرَّازِيُّ وَالنَّسَائِيُّ: “هُوَ مُنْكَرُ الْحَدِيثِ”

Al-Bukhari, Abu Hatim al-Razi dan an-Nasa’i berkata: “Dia perawi hadis yang munkar.”

وَقَالَ يَحْيَى بْنُ مَعِينٍ: “لَيْسَ بِشَيْءٍ”.

Yahya bin Ma’in berkata: “Tiada nilainya.”

وَقَالَ الدَّارَقَطْنِيُّ وَالْحُمَيْدِيُّ: “ضَعِيفٌ”

Ad-Daruqutni dan al-Humaidi berkata: “Dhoif.”

وَقَالَ ابْنُ حِبَّانَ: “حَدَّثَ عَنْ أَبِيهِ بنسخة شبيها بمئتي حَدِيثٍ كُلِّهَا مَوْضُوعَةٍ لا يَجُوزُ الاحْتِجَاجُ بِهِ وَلا ذِكْرُهُ إِلا عَلَى وَجْهِ التَّعَجُّبِ”.

Ibnu Hibban berkata: “Dia menyebutkan hadis daripada catatan bapanya lebih kurang 200 hadis, semuanya palsu dan tidak boleh berhujah dengannya. Tidak boleh menyebutkannya kecuali dengan gambaran kehairanan.”

Rujukan
  • Muḥammad bin Abī Bakr, Ibn Qayyim al-Jawziyyah. 1390H. Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf tahqīq. ‘Abd al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Halab: Maktabah al-Maṭbū‘āt al-Islāmiyyah, hal. 46-47.
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, hal. 34.
Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!