Sesiapa berpuasa Asyura maka Allah akan menulis untuknya pahala ibadah selama 60 tahun

Teks Bahasa Arab

مَنْ صَامَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ كَتَبَ اللهُ لَهُ عِبَادَةَ سِتِّينَ سَنَةً

Teks Bahasa Malaysia

Sesiapa berpuasa Asyura maka Allah akan menulis untuknya pahala ibadah selama 60 tahun

Status
  • Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Komentar Ibn al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif,

وَمِنْ ذَلِكَ حَدِيثِ

Termasuk contoh hadis palsu ialah hadis,

مَنْ صَامَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ كَتَبَ اللهُ لَهُ عِبَادَةَ سِتِّينَ سَنَةً

“Sesiapa berpuasa Asyura maka Allah akan menulis untuknya pahala ibadah selama 60 tahun.”[1]

وَهَذَا بَاطِلٌ

Hadis ini batil.

يَرْوِيهِ حَبِيبُ بْنُ أَبِي حَبِيبٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ الصَّائِغِ عَنْ مَيْمُونِ بْنِ مَهْرَانَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ

Diriwayatkan oleh Habib bin Ali Habib daripada Ibrahim al-Sa’igh daripada Maimun bin Mihran daripada Ibnu Abbas.

وَحَبِيبٌ كَانَ يضع الأَحَادِيثَ.

Dan Habib seorang yang memalsukan hadis-hadis.


[1] Direkodkan oleh Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at: 2/570. Beliau berkata: Hadis ini palsu tanpa syak.

Rujukan
  • Muḥammad bin Abī Bakr, Ibn Qayyim al-Jawziyyah. 1390H. Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf tahqīq. ‘Abd al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Halab: Maktabah al-Maṭbū‘āt al-Islāmiyyah, hal. 47.
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, hal. 34.
Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!