Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah

مات رجلٌ بالمدينةِ ممن وُلِدَ بها فصلى عليهِ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليْهِ وسلَّمَ

Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah, maka Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.

فقال

Baginda [kemudiannya] bersabda:

يا ليتَه بغيرِ مولدِه

“Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya”

فقالوا

mereka (para sahabat) bertanya:

ولم ذاك يا رسولَ اللهِ

Kenapa begitu wahai Rasulullah?

قال

Baginda bersabda:

إنَّ الرجلَ إذا مات بغيرِ مولدِه قِيسَ له من مولدِه إلى منقطعِ أثرِه في الجنةِ

Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan di syurga jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempat terputus kesannya (tempat dia meninggal dunia).

الراوي:عبدالله بن عمرو
Perawi: Abdullah bin ‘Amr
المحدث:النسائي
Ahli Hadis: An-Nasa-i
المصدر:السنن الكبرى
Sumber: As-Sunan Al-Kubra
الجزء أو الصفحة:1971
Jilid atau halaman [atau no. hadis]: 1971
حكم المحدث:[فيه] حيي بن عبد الله ليس ممن يعتمد عليه والحديث غير محفوظ
Status oleh Ahli Hadis: [Padanya terdapat] Huyai bin Abdillah, [beliau] bukanlah orang yang [diterima riwayatnya secara muktamad] dan hadis tersebut tidak terpelihara.
Disalin dari Hdith.com