Seorang anak yang menziarahi kubur ibubapanya pada hari­-hari tersebut di atas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan…

Teks Bahasa Arab

Teks Bahasa Malaysia

“Seorang anak yang menziarahi kubur ibubapanya pada hari­-hari tersebut di atas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT. Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yang taat.”

Status

Tiada Asal

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Kami menemui soal jawab tentang hadis ini di laman Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith. Dan ini adalah hasil kajiannya:

Pertama:

FADHILAT ZIARAH KUBUR IBU BAPA?

Tersebar melalui FB dan whatsapp mesej seperti di dalam gambar.


Jawapannya ialah:

– Ia tidak wujud dalam karya Imam al-Bukhari seperti Sahih al-Bukhari, dan Al-Adab Al-Mufrad.

– Ia juga tidak wujud dalam Riadussolihin susunan Imam an-Nawawi.

Ia tiada asalnya.

Wallahua’lam.

-ADMIN-

Kedua:

Soalan:

Terutama kubur ibubapa.

Disunatkan menziarah pd hari khamis selepas asar, sepanjang hari jumaat dan hari sabtu sebelum zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak2 menziarahinya.

Iman al­Bukhari meriwayatkan drpd Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw : “Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pd hari­hari tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kpd kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa2 anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT. Jika anak tersebut adalah seorang yg derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.”

Ketika dikubur :

1. Memberi salam kpd simati dgn panggilan yg biasa semasa hayatnya. Seperti ” Assalamualaikum mak/bapa”. Roh mendengar dan menjawab salam.

2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.

3. Membaca quran atau doa2 yg baik utk simati


Jawapan :

Hadith tersebut tidak terdapat dalam Shahih al­Bukhari. Sebaliknya terdapat hadith yang hampir sama maknanya, diriwayatkan oleh al­Thabarani, Ibn Abi alDunya dan lain-­lain. Al­Imam al­’Iraqi ada bahas hadith tersebut dalam takhrij bagi kitab Ihya’ ‘Ulum al­Din. Kata al­’Iraqi: “Isnadnya mu’dhal” juga “Yahya bin al­’Ala’ al­Bujali seorang yang matruk”.

Hadith tersebut dhaif jiddan. Oleh kerana itu, tidak boleh disebarkan.

Bahkan tidak boleh diamalkan kerana bercanggah dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Wallahua’lam

Rujuk : Al­Mughni ‘An Haml al­Asfar Fi al­Asfar Fi Takhrij Ma Fi al­Ihya’ Min al­Akhbar oleh al­’Iraqi, juz 2 m/s 1228, hadith no 4431. Cetakan pertama, tahun 1415 H/1995 M. Dar al­Thabariyyah, Riyadh

 

 

Rujukan

 

Makluman

Terdapat tambahan maklumat di laman FB Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith mengenai hadis ini.