Semua anak Adam bernasab kepada ayah mereka

كُلُّ بَنِي آدَمَ يَنْتَمُونَ إِلَى عَصَبَةِ أَبِيهِمْ إِلا وَلَدَ فَاطِمَةَ ، فَإِنِّي أَنَا أَبُوهُمْ وَأَنَا عَصَبَتُهُمْ

Semua anak Adam bernasab kepada ayah mereka, kecuali anak-anak Fatimah (Al-Hasan dan Al-Husain). Akulah ayah mereka dan akulah yang menurunkan mereka.

Status Hadis oleh Para Ulama
  • لا يصح (Tidak Sahih)” – Ibn Al-Jawziy dalam Al-‘Ilal Al-Mutanahiyah (1/260), tetapi dengan lafaz “… غيرُ ولَدِ فاطمةَ…”.
  • حسن لغيره (Hasan Li Ghairih)” – Az-Zarqaniy dalam Mukhtasar Al-Maqasid (761), tetapi dengan lafaz “… فأنا أبوهم وأنا عصبتهم…”.
  • ضعيف (Lemah)” – Mulla ‘Ali Qaariy  dalam Al-Asraar Al-Marfu’ah (265)
  • ثابت (Sabit)” – As-Son’aniy dalam Subul As-Salam (4/152), tetapi dengan lafaz ” كلُّ بني أمٍّ ينتمون إلى عصَبةٍ إلَّا ولدَ فاطمةَ رضِي اللهُ عنها فأنا وليُّهم وأنا عصَبتُهم وفي لفظٍ وأنا أبوهم
  • موضوع (Palsu)” – Al-Imam Ahmad dalam Tarikh Baghdad (11/283), tetapi dengan lafaz “كلُّ بني أمٍّ ينتَمونَ إلى عَصَبةٍ غيرَ ولدِ فاطمةَ فأَنا أبوهُم ، وأَنا عَصَبتُهُم“.
  • فيه حسين الأشقر متروك (Padanya terdapat Husain Al-Asyqar, beliau ditinggalkan [riwayatnya]” – Az-Zahabiy dalam Talkhis Al-‘Ilal Al-Mutanahiyah (88), tetapi dengan lafaz ” كلُّ بني أبٍ ينتمونَ إلى عَصَبةٍ غير ولدِ فاطمةَ فأنا أبوهم وأنا عصبَتُهم

Sumber: Hdith.com