Segala sesuatu memiliki pengantin

لِكُلِّ شَيْءٍ عُرُوْسٌ وَعُرُوْسُ الْقُرْآنِ الرَّحْمَنُ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:  

Segala sesuatu memiliki pengantin, dan pengantinnya Al-Quran adalah surah al-Rahman

DARJAT HADIS

Hadis ini bertaraf munkar.

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

-Imam Al-Suyuthi di dalam kitabnya Al-Jami Al-Saghir, jilid 1, m/s 10200.

-Imam Al-Tabrizi di dalam kitabnya Al-Misykat, jilid 1, m/s 668.

-Imam Al-Baihaqi di dalam kitabnya Syu’ab al-Iman, jilid 4,  m/s 116.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

– Imam al-Munawi di dalam Faidhul Qadir menyatakan bahawa pada hadis in terdapat seorang perawi bernama Ahmad bin al-Hasan dan Imam Daruqutni berkata : dia tidak thiqah (tidak dipercayai).

-Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini mungkar

 

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki