Sebaik-baik rawatan bagi kamu adalah berbekam

إن أفضل ما تداويتم به الحجامة

Sesungguhnya, sebaik-baik rawatan bagi kamu adalah berbekam

Status

Sahih

Ulasan
Keratan hadis ini dijumpai dalam hadis riwayat Anas bin Malik dalam Sahih Muslim hadis no. 1577.
Terdapat juga lafaz yang hampir sama juga riwayat Anas bin Malik dalam Sahih Bukhari hadis no. 5696,  iaitu:
إن أمثَلَ ما تَداوَيتُم به الحِجامَةُ
Sesungguhnya cara perubatan yang terbaik (atau yang paling ideal) kalian berubat dengannya adalah berbekam.
Sumber