Ruh orang yang meninggal akan kembali

Teks Bahasa Melayu

Roh kaum keluarga yang meninggal akan pulang ke rumah sama ada pada hari Khamis malam Jumaat, selepas genap 40 hari mayat dikebumikan, ketika bulan Ramadhan.

Status

Tidak benar kerana bertentangan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah

Ulasan 

Roh orang mukmin bergantungan pada pokok-pokok di syurga berdasarkan hadis :
Roh orang Mukmin seperti burung berada dalam keadaan tergantung di pokok-pokok dalam syurga sehingga Allah mengembalikan kepada jasadnya pada hari ia dibangkitkan
(Hadis ini direkodkan oleh Imam Ahmad, disahihkan oleh Syeikh Syuaib al-Arnauth)
Maklumat lanjut berkenaan roh dan hari akhirat boleh rujuk kitab Al-Yaum al-Akhir oleh Dr Sulaiman al-Asyqar.

Rujukan

Al-Yaum al-Akhir oleh Dr Sulaiman al-Asyqar