Perkara halal yang paling dibenci oleh ALLAH adalah talak

أَبْغَضُ الْحَلاَلِ إِلَى اللهِ الطَّلاَقِ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Perkara halal yang paling dibenci oleh ALLAH adalah talak”

 DARJAT HADIS

  • Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Abu Daud di dalam kitab Sunannya, jilid 3, m/s 505.
  • Imam Al-Baihaqi di dalam kitabnya Al-Sunan Al-Kubra, jilid 7, m/s 320.
  • Imam Al-Hakim di dalam kitabnya Al-Mustadrak, jilid 2, m/s 196.
  • Imam Ibnu Majah di dalam kitab Sunannya, hadis no 2018.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Sheikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’e berkata:

“Kadang-kala pada sebahagian hadis, hati ini tidak merasa tenang untuk menyatakan ia sahih, seperti hadis perkara halal yang paling dibenci oleh ALLAH adalah talak.

  • Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini dhaif.

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki