Peristiwa Pelik dalam Isra dan Mi’raj

Teks Bahasa Melayu :

Wanita digantung rambut dan otaknya menggelegak. Wanita ini tidak menutup rambutnya di depan bukan mahramnya.

Wanita yang digantung buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya. Wanita ini menyusu anak orang lain tanpa izin suaminya.

Dan banyak lagi kisah wanita diazab kerana pelbagai perbuatan yang dilakukannya semasa di dunia

Status :

Tidak ada asalnya

Ulasan :

Imam Ibn al-Qayyim dalam kitab beliau yang terkenal al-Manar al-Munif menyatakan bahawa kisah ini palsu.

Dalam hadis ini ada periwayat yang bernama Said bin Sinan yang bermasalah.