Perbualan di dalam masjid itu memakan pahala-pahala

Teks Bahasa Arab

الحديث في المسجد يأكل الحسنات كما تأكل البهائم الحشيش

Teks Bahasa Melayu

Perbualan di dalam masjid itu memakan pahala-pahala sepertimana haiwan ternak memakan rumput.

Sumber

Ihya Ulumuddin (1/136)

Perawi


Status

Tiada Asal

Takhrij

Al-Imam Al-Ghazali meriwayatkannya dalam kitab Ihya Ulumuddin (1/136), tetapi Al-Hafiz Al-Iraqi menyatakan, “Saya tidak menjumpainya dari sumber aslinya”.

Hal ini juga dicatat oleh al-Hafiz [Ibn Hajar al-‘Asqalani] di dalam kitab Takhrij al-Kasysyaaf.

Abdul Wahhab Taqiyuddin as-Subki dalam kitab Tabaqat asy-Syafi’iyyah (4/145-147) mengatakan dengan tegas, “Saya tidak menjumpai sanadnya”.

Dan yang masyhur pada lidah-lidah [manusia],

الكلام المباح في المسجد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب

“Perbualan yang mubah (dibolehkan, bukan haram) di masjid akan memakan semua kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakaran”

ialah sesuatu yang sama.

Pengkaji Hadis

Syeikh Nasiruddin al-Albani

Rujukan

Silsilah al-Ahadis al-Dho’ifah wa al-Maudhu’ah, 4