Hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku

إنَّ من أفضلِ أيَّامِكم يومَ الجمعةِ ، فأكثِروا عليَّ من الصَّلاةِ فيه ، فإنَّ صلاتَكم معروضةٌ عليَّ ، قال : فقالوا : يا رسولَ اللهِ ، وكيف تُعرضُ صلاتُنا عليك وقد أرِمتَ ؟ ! قال : يقولون : بلِيتَ ، قال : إنَّ اللهَ حرَّم على الأرضِ أجسادَ الأنبياءِ

“Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku padanya, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepada ku”. Dia [perawi] berkata, “Mereka [para sahabat] berkata, “Ya Rasul Allah, bagaimana ditunjukkan selawat kami kepadamu setelah kamu wafat?” [Perawi] berkata, “Mereka berkata, “Setelah kamu wafat?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah telah haramkan ke atas bumi, [dari merosakkan] jasad-jasad para nabi.”

الراوي : أوس بن أبي أوس وقيل أوس بن أوس والد عمرو

Perawi: Aus bin Abi Aus dan dikatakan Aus bin Aus Bapa ‘Amru

المحدث : محمد ابن عبدالهادي 

Ahli Hadis: Muhammad bin Abdulhadi

المصدر : الصارم المنكي

Sumber: Al-Sarim Al-Manki

الصفحة أو الرقم: 336

Halaman atau nombor [hadis]: 336

خلاصة حكم المحدث : صحيح

Kesimpulan Status oleh Ahli Hadis: Sahih

Disalin dari Al-Mawsu’ah Al-Hadithiyyah, Al-Durar Al-Sunniah oleh Semakhadis.com