Pengganti pada umat ini ada tiga puluh, seperti Ibrahim Khalil al-Rahman (kekasih Allah Yang Maha pengasih) Azza wa Jalla

اْلأَبْدَالُ فِي هَذِهِ اْلأُمَّةِ ثَلاَثُوْنَ، مِثْلُ إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ، كُلَّمَا مَاتَ رَجُلٌ أَبْدَلَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى مَكَانَهً رَجُلاً

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Pengganti pada umat ini ada tiga puluh, seperti Ibrahim Khalil al-Rahman (kekasih Allah Yang Maha pengasih) Azza wa Jalla, setiap kali ada yang mati di antara mereka maka Allah akan menempatkan seseorang pada posisinya sebagai pengganti”

DARJAT HADIS

  • Hadis ini dhaif (lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Ahmad di dalam Musnadnya, jilid 37, m/s 413.
  •  Imam Al-Suyuthi di dalam kitabnya Al-Durr, m/s 216.
  •  Sheikh Ali Qari di dalam kitabnya Al-Asrar Al-Marfu’ah, m/s 470.
  • Ibnu Al-Qayyim di dalam kitabnya Al-Manar Al-Munif, m/s 308.

 

 KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Sheikh Syu’aib al-Arnauth menyatakan hadis ini mungkar dan sanadnya dhaif.

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki