Pemimpin suatu kaum adalah pelayan mereka

سَيِّدُ الْقَوْمِ خَادِمُهُمْ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:  

“Pemimpin suatu kaum adalah pelayan mereka”

DARJAT HADIS

 Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

-Imam Al-Sakhawi di dalam kitabnya Al-Maqasid Al-Hasanah, m/s 579.

-Imam Al-Suyuthi di dalam kitabnya Al-Jami’ Al-Shaghir, no 7067.

– Imam Al-’Ajluni di dalam kitabnya Kasyfu Al-Khafa, m/s 530.

-Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Al-Silsilah Al-Ahadis Al-Dhaifah, m/s 1502.

 

 KETERANGAN ULAMA HADIS:

-Imam Al-Sakhawi menyatakan pada sanadnya ada perawi dhaif dan sanadnya terputus

-Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini Dhaif

 

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki