Para sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit

أصحابي كالنجوم بأيهم اقتديتم اهتديتم

Para sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit. Mana-mana yang kamu ikuti pasti akan mendapat petunjuk

Status

Palsu

Ulasan Syeikh Ihsan Al-‘Utaiby

وفي لفظ: ((إنما أصحابي مثل النجوم فأيهم أخذتم بقوله اهتديتم » .قال ابن حزم : خبر مكذوب موضوع باطل لم يصح قط.”الإحكام في أصول الأحكام”(5/64) و (6/82) . وقال الألباني: موضوع. “الضعيفة” (66) . وانظر “جامع بيان العلم وفضله” لابن عبد البر (2/91).

Dan dalam lafaz

” إنما أصحابي مثل النجوم فأيهم أخذتم بقوله اهتديتم “

Sesungguhnya hanyasanya sahabat-sahabatku umpama bintang-bintang, maka sesiapapun antara mereka yang kalian ambil pendapatnya kalian berada dalam petunjuk.

Kata Ibn Hazam: Ia adalah Khabar (riwayat) tipu, palsu, batil, tak sahih langsung. [Rujuk] Al-Ihkam fi Usul Al-Ahkam (5/64) dan (6/82). Dan kata Al-Albani: Maudhu’ (palsu). [Rujuk] Al-Dho’ifah (66). Dan lihat Jami’ Bayaan Al-‘Ilm wa Fadlih oleh Ibn Abdilbar (2/91).

Sumber

100 Hadis dari Hadis-hadis Lemah dan Palsu yang Tersebar diantara Para Khatib dan Para Wu’az oleh Ihsan bin Muhammad al-‘Utaiby (مئة حديث من الأحاديث الضعيفة والموضوعة منتشرة بين الخطباء والوعاظ لإحسان بن محمد العتيبي)