Pandangan (kepada wanita yang bukan mahram) itu adalah salah satu anak panah iblis

النَّظْرَةُ سَهْمٌ مِنْ سِهَامِ إِبْلِيْسَ مَنْ تَرَكَهَا خَوْفاً مِنَ اللهِ آتَاهُ اللهُ إِيْمَاناً يَجِدُ حَلاَوَتَهُ فِي قَلْبِهِ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 “Pandangan (kepada wanita yang bukan mahram) itu adalah salah satu anak panah iblis. Sesiapa yang meninggalkan pandangan kerana takut kepada Allah maka Allah akan mendatangkan kepadanya iman yang dia rasakan manisnya di dalam hatinya”

 

DARJAT HADIS

Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Al-Munziri di dalam kitabnya Al-Targhib wa Al-Tarhib, jilid 4, m/s 106.
  • Imam Ibnu Hajar Al-Haithami di dalam kitabnya Majma’ al-Zawa’id, jilid 8, m/s 63.
  • Imam Al-Zahabi di dalam kitabnya Mizan Al-I’tidal, jilid 1, m/s 194.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Imam Ibnu Hajar Al-Haithami menyatakan pada sanadnya terdapat seorang perawi bernama Abdullah bin Ishaq dan beliau seorang yang dhaif.
  • Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini sangat lemah.

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki