Orang ramai telah ditimpa kemarau di zaman ‘Umar

أصابَ الناسَ قحطٌ في زمنِ عمرَ ،

Orang ramai telah ditimpa kemarau di zaman ‘Umar.

فجاءَ رجلٌ إلى قبرِ النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فقال :

Lalu datanglah seorang lelaki ke kubur Nabi -sal Allah ‘alaihi wa sallam- lalu dia berkata:

يا رسولَ اللهِ ! استسقِ لأمَّتكَ ، فإنَّهُمْ قد هلكُوا ،

Ya Rasul Allah! Pohonlah hujan untuk umatmu kerana mereka benar-benar telah [hampir-hampir] binasa.

فأتى الرجلَ في المنامِ ، فقيلَ لهُ : ائتِ عُمرَ . . الحديث .

Lalu di dalam mimpi lelaki tersebut didatangi seseorang, dan dikatakan kepadanya, pergilah kepada ‘Umar… Al-Hadith

الراوي:مالك الدار مولى عمر
Perawi: Malik Ad-Dar Mawla ‘Umar
المحدث:الألباني
Ahli Hadis: Al-Albani
المصدر:التوسل
Sumber: At-Tawassul
الجزء أو الصفحة:118
Jilid atau halaman: 118
حكم المحدث:ضعيف فيه مالك الدار غير معروف العدالة والضبط.
Status oleh Ahli Hadis: Dha’if (lemah) [kerana] terdapat Malik Ad-Dar yang tidak diketahui Al-Adalah dan Ad-Dhabt¹

¹Al-‘Adalah (العدالة ) dan Ad-Dhabt (الضبط) adalah dua daripada lima syarat hadis diterima.