Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam telah terbau kentut

وَجَدَ النَّبِيُّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رِيْحاً فَقَالَ لِيَقُمْ صَاحِبَ هَذَا الرِّيْحِ فَلْيَتَوَضَّأْ فَاسْتَحْيَا الرَّجُلُ أَنْ يَقُوْمَ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيَقُمْ صَاحِبَ هَذَا الرِّيْحَ فَلْيَتَوَضَّأْ فَإِنَّ اللهَ لاَ يَسْتَحْيِ مِنَ الْحَقِّ، فَقَالَ الْعَبَّاسُ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَفَلاَ نَقُوْمُ كُلُّنَا نَتَوَضَّأُ؟ فَقَالَ قُوْمُوْا كُلُّكُمْ فَتَوَضَّؤُوْا

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam telah terbau kentut seseorang lalu bersabda: “Bangunlah siapa yang kentut, dan berwudhu’lah.” Lelaki (yang kentut) itu malu untuk berdiri. Kemudian Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam   bersabda: “Bangunlah siapa yang kentut dan berwudu’lah. Sesungguhnya Allah tidak malu daripada kebenaran.” Lalu Ibnu Abbas berkata: “Wahai Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam  apakah tidak boleh kami semua bangun dan berwudhu’ semuanya?” Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Bangunlah kamu sekalian dan berwudhu’lah.”

DARJAT HADIS

Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI 

-Imam Ibnu Asakir di dalam kitabnya Tarikh Dimasyq, jilid 2, m/s 230.

-Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Al-Silsilah Al-Ahadis Al-Dhaifah, jilid  3, m/s 267.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

-Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini bathil

 

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki