Nabi dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan

Teks Arab

 عبد الله بن عباس عن أبيه العباس بن عبد المطلب قال ولد رسول الله صلى الله عليه وسلم مختوناً مسروراً

Teks Bahasa Melayu

Dari Ibn Abbas, dari ayahnya (al-Abbas): Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan dan sudah terputus tali pusatnya.

Status

Lemah

Komentar terhadap hadis

Hadis ini daif. [Kerana:]

–       Kata Ibn Abd al-Barr: Sanad hadis al-Abbas ini tidak kukuh (daif). (Rujuk: al-Isti’ab, jld. 1, hlm. 17)

–       Ini kerana terdapat perawi yang bernama al-Khabairi dlm sanad hadis ini dan dia dituduh sebagai pendusta. (Rujuk: Silsilah al-Ahadith al-Dha’ifah, jld. 13, hlm. 578)

Rujukan

  1. al-Isti’ab, jld. 1, hlm. 17
  2. Silsilah al-Ahadith al-Dha’ifah, jld. 13, hlm. 578

Sumber

Kajian Dr Rozaimi

Lihat juga:

Blog Dr Rozaimi, Fiqh Al-Sunnah