Muncul di benak fikiran Nabi Musa ‘alaihissalam: Adakah Allah SWT tertidur (lalai)?

 وَقَعَ فِي نَفْسِ مُوْسَى هَلْ يَنَامُ اللهُ تَعَالَى ذِكْرُهُ؟ فَأَرْسَلَ اللهُ إِلَيْهِ مَلَكاً فَأَرَقَّهُ ثَلاَثاً، ثُمَّ أَعْطَاهُ قَارُوْرَتَيْنِ فِي كُلِّ يَدٍ قَارُوْرَةٌ وَ أَمَرَهُ أَنْ يَحْتَفِظَ بِهَا، قَالَ فعجل النَّوْمُ وَتَكَادُ يَدَاهُ تَلْتَقِيَانِ ثُمَّ يَسْتَيْقِظُ فَيَحْبِسُ إِحْدَاهُمَا عَنِ اْلأُخْرَى ثُمَّ نَامَ نَوْمَةً فَاصْطَفَقَتْ يَدَاهُ وَانْكَسَرَتِ الْقَارُوْرَتَانِ قَالَ ضَرَبَ اللهُ لَهُ مَثَلاً أَنَّ اللهَ لَوْ كَانَ يَناَمُ لَمْ تَسْتَمْسِكِ السَّمَاوَاتُ وَاْلأَرْضُ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Muncul di benak fikiran Nabi Musa ‘alaihissalam: Adakah Allah SWT tertidur (lalai)? Lalu Allah mengirim seorang malaikat kepadanya lalu membuatnya tidak tidur selama tiga hari kemudian memberikan dua biji botol kepadanya, di setiap tangan ada satu botol dan diperintahkan kepadanya untuk mengawasinya. Kemudian dia tertidur sehingga kedua tangannya hampir bersentuhan, lalu dia terbangun dan menjauhkan kembali jarak kedua tangannya. Kamudian dia tertidur kembali sehingga kedua tangannya jatuh ke bawah lalu kedua botol itu pecah. Beliau berkata: Allah memberikan perumpamaan kepadaku, bahawa kalau Allah tertidur pastilah langit dan bumi tidak akan dapat dijaganya”

 

DARJAT HADIS

Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

-Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Al-Silsilah Al-Ahadis Al-Dhaifah, jilid 3, No 1034.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini mungkar.

 

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki