Merasa sedikit garam sebelum makan

Teks Bahasa Melayu :

Wahai Ali, hendaklah kamu makan garam, sesungguhnya ia adalah penawar kepada 70 jenis penyakit. Penyakit yang paling ringan (yang akan diubatinya) adalah kusta, sopak dan gila.

Status :

Palsu

Ulasan :

Hadis ini dilaporkan oleh Abdullah bin Ahmad bin Amir daripada ayahnya. Mereka berdua terkenal dalam melaporkan hadis batil daripada Ahl al-Bait.

Rujukan :

  1. Al-Maudhuat oleh Ibn al-Jauzi
  2. Talkhis al-Maudhuat oleh al-Zahabi
  3. Al-Fawaid al-Majmuah oleh al-Syaukani

Sumber :

40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur