Mencari rezeki yang halal adalah jihad

طَلَبُ الْحَلاَلِ جِهَادٌ، وَإِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُؤْمِنِ الْمُحْتَرِفِ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:  

“Mencari rezeki yang halal adalah jihad, dan Allah mencintai orang mukmin yang profesional”

DARJAT HADIS

Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

-Imam Al-Sakhawi di dalam kitabnya Al-Maqasid Al-Hasanah, m/s 505.

-Imam Al-’Uqaili di dalam kitabnya Al-Dhuafa, jilid 7, m/s 513.

-Imam Al-’Ajluni di dalam kitabnya Kasyfu Al-Khafa’, jilid 2, ms110.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

-Imam Al-Baihaqi menyatakan berseorangan ‘Ibad seorang perawi di dalam hadis ini dan menyebabkan ia menjadi dhaif.

 

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki