Memaafkan kesalahan pembantu

Teks Arab :

جاء رجل إلى النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال: يا رسول الله كم نعفو عن الخادم؟ فصمت، ثم أعاد عليه الكلام فصمت، فلما كان في الثالثة قال اعفوا عنه في كل يوم سبعين مرة

أبو داود

Teks BM :

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiyallahu ‘Anhuma, ia berkata: Seorang laki-laki datang kepada Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, lalu ia berkata: “Wahai Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, berapa kali kita memaafkan (kesalahan) pembantu?” Lalu beliau pun diam. Kemudian orang itu mengulang perkataannya. Dan Nabi pun masih terdiam. Lalu yang ketiga kalinya beliau Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Maafkanlah dia (pembantu) setiap hari tujuh puluh kali.” (HR. Abu Dawud)

Status : 

Dhaif

Sumber :

Kajian Ustaz Zulfadhli

Ulasan Pengkaji Hadis :

Hadith tersebut panjang perbahasannya.

1- Syeikh al-Albani dan Syeikh Syu’aib al-Arnauth menilai shahih hadith tersebut.

2- Namun, ulama berbeza pandangan samada hadith tersebut melalui musnad Abdullah bin Umar atau Abdullah bin ‘Amr. Jika kita menerima bahawa ianya melalui riwayat Abdullah bin ‘Umar sebagaimana dalam riwayat Abu Daud di atas, maka sanadnya terputus kerana al-‘Abbas bin Julaid (sebahagian riwayat menyebutkan Ibn Khulaid, namun al-Bukhari menyatakan ianya adalah satu kekeliruan) tidak sempat mendengar apa-apa hadith daripada Abdullah bin ‘Umar sebagaimana disebutkan oleh al-Imam Abu Hatim. (Al-Marasil oleh Ibn Abi Hatim, m/s 161)

3- Oleh kerana itulah, al-Bukhari telah mendhaifkan hadith tersebut dengan kata beliau: وهو حديث فيه نظر (Al-Jami’ Wa al-Taudhih Li Marwiyyat al-Imam al-Bukhari Wa Ahkamuhu Fi Ghair al-Jami’ al-Shahih oleh Syeikhuna Dr Abu Mu’az Thariq ‘Awadh Allah, jld 2 m/s 449) Wallahua’lam.

Rujukan : 

  1. Al-Marasil oleh Ibn Abi Hatim, m/s 161
  2. Al-Jami’ Wa al-Taudhih Li Marwiyyat al-Imam al-Bukhari Wa Ahkamuhu Fi Ghair al-Jami’ al-Shahih oleh Syeikhuna Dr Abu Mu’az Thariq ‘Awadh Allah, jld 2 m/s 449