Makan buah tembikai supaya mendapat anak yang cantik

Teks Bahasa Melayu :

“Sesiapa yang makan tembikai akan mendapat anak yang cantik”

Status :

Tidak sahih

Ulasan :

Nabi Muhammad s.a.w memang pernah makan buah tembikai kuning semasa hayat baginda seperti yang dinyatakan dalam Syamail al-Muhammadiyyah. Namun, tiada fadhilat khusus mengenainya.

Imam Ahmad menyatakan bahawa :

“Tidak benar fadilat tertentu sekiranya memakan satu pun tembikai, walaupun Nabi s.a.w pernah memakannya.”

Rujukan :

  1. Al-Manar al-Munif
  2. Syamail al-Muhammadiyyah