Maka turun surah: Qul huwAllaahu ahad. Allaahus Samad

TEKS BAHASA ARAB

 أن المشركين قالوا: يا محمد: انسب لنا ربك، فأنزل الله: (( قل هو الله أحد الله الصمد )) قال: الصمد الذي (( لم يلد ولم يولد ولم ين له كفوا أحد )) لأنه ليس شيء يولد الا سيموت وليس شيء يموت الا سيورث وأن الله لا يموت ولا يورث (( ولم يكن له كفوا أحد )) قال: ولم يكن له شبه ولا عدل وليس كمثله شيء

TEKS BAHASA MALAYSIA

Maka turun surah: Qul huwAllaahu ahad. Allaahus Samad

Dan makna Samad itu yang diqasadkan pada segala hajat atas berkekalan tiada lagi rongga baginya, maka tiada dimakan dan minum dan tiada beranak, ertinya tiada keluar wujud sesuatu daripada zatNya yang Maha Tinggi dan tiada diperanakkan Dia oleh suatu, ertinya tiada keluar adanya itu daripada suatu yang diperanakkan melainkan lagi akan mati dan tiada yang mati melainkan dipusakakan…

STATUS

Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Saudara Mazlan Sidek dalam kajian beliau,

Hadith Kesepuluh :

” أن المشركين قالوا: يا محمد: انسب لنا ربك، فأنزل الله: (( قل هو الله أحد الله الصمد )) قال: الصمد الذي (( لم يلد ولم يولد ولم ين له كفوا أحد )) لأنه ليس شيء يولد الا سيموت وليس شيء يموت الا سيورث وأن الله لا يموت ولا يورث (( ولم يكن له كفوا أحد )) قال: ولم يكن له شبه ولا عدل وليس كمثله شيء “

 

Maka turun surah: Qul huwAllaahu ahad. Allaahus Samad

Dan makna Samad itu ayng diqasadkan pada segala hajat atas berkekalan tiada lagi rongga baginya, maka tiada dimankan dan minum dan tiada beranak, ertinya tiada keluar wujud sesuatu daripada zatNya yang Maha Tinggi dan tiada diperanakkan Dia oleh suatu, ertinya tiada keluar adanya itu daripada suatu yang diperanakkan melainkan lagi akan mati dan tiada yang mati melainkan dipusakakan… (ms 71??)

Takhrij Hadith:

  • Al-Hakim, al-Mustadrak ‘ala al-Sahihayn, Kitab al-Tafsir, Bab Tafsir Surah al-Ikhlas, jil. 3, hal. 403, no. 4039.
  • Imam al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab Tafsir al-Qur’an, Bab wa min Surah al-Ikhlas, 5, hal.281, no. 3364,3365.
  • Imam Ahmad Ibn Hanbal, Musnad Ahmad Ibn Hambal, Hadith Ubay bin Ka’abu, 5, hal. 34, no. 20714.
  • Abu Bakr Ahmad bin al-Husayn al-Bayhaqi (1440H), Syu’ab al-Iman, Tahqiq: Muhammad al-Sa’id Basyuni Zaghlul, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Bab al-Du’a ila al-Islam, Fasl fi Ma’rifah Allah wa Ma’rifah Sifatih wa Asma’ah, cet. 1, jil. 1, hal. 114, no. 101.
  • ‘Amru bin Abi ‘Asim al-Dahak al-Syaybani (1400H), al-Sunnah li Ibn Abi ‘Asim, Tahqiq: Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Beirut: al-Maktabah al-Islami, Bab Nisabh al-Rabb, 1, jil.1, hal. 298, no. 663.
  • Hadith ini juga dinyatakan oleh ‘Abd Allah bin Muhammad bin Ja’far bin Hayyan al-Asbihani (1408H), al-‘Azamah, Tahqiq: Rida’ Allah bin Muhammad Idris, Riyad: Dar al-‘Asimah, Bab al-Amr bi al-Tafakkur fi Ayat Allah wa Qudratih wa Mulkih wa Sultanih wa ‘Azamatih wa Wahdaniyyatih, Fasl Dhikr Ayat Rabbuna wa ‘Azamatuh wa Syarfuh Tabarak wa Ta’ala, jil. 1, hal. 374, no. 88[1].
  • Hadith ini juga dinyatakan oleh Ahmad bin al-Husayn al-Bayhaqi (t.t), al-I’tiqad wa al-Hidayah ila Sabil al-Rasyad, Tahqiq: Ahmad ‘Islam al-Katib, Beirut: Dar al-Afaq al-Jadidah, Bab Dhikr ba’d Yastadill bih ‘ala Huduth al-‘Alam wa ann Muhdathah wa Mudabbirah Ilah Wahid Qadim la Syarik lah wa la Syabih, hal. 45[2].
  • Hadith ini juga dinyatakan oleh Imam ‘Abd al-Rahman Jalal al-Din al-Suyuti (1993M), al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir al-Ma’thur, Beirut: Dar al-Fikr, Surah al-Ikhlas, jil. 8, hal. 669[3].

 

Ulasan Serta Hukum Hadith:

Hadith ini adalah sahih. Ianya dating melalui dua tariq, tariq yang pertama melalui Ibn Sa’d yang mana telah diriwayatkan oleh al-Hakim dalam Mustadraknya, Imam al-Tirmidhi dalam Sunannya dan Imam Ahmad dalam Musnadnya, hadith ini adalah  sahih dan semua perawinya adalah thiqah tetapi kedua-dua Imam al-Bukhari dan Muslim tidak meriwayatkan hadith ini dalam kitab masing-masing. Tariq yang kedua pula melalui Abi Ja’far al-Razi, hadith melalui tariq ini telah diriwayatkan oleh Abu ‘Asim dalam kitab al-Sunnahnya dan hadith ini adalah lemah sanadnya, ini kerana Abu Ja’far al-Razi buruk (lemah dan bercelaru) hafalannya[4].


[1] Ini bukan kitab asal hadith.

[2] Ini juga bukan kitab asal hadith.

[3] Ini adalah bukan kitab asal hadith.

[4] Lihat ‘Amru bin Abi ‘Asim (1400H), al-Sunnah li Ibn Abi ‘Asim, Tahqiq: Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Beirut: al-Maktabah al-Islami, Bab Nisbah al-Rabb, cet. 1, jil. 1, hal. 298. No. 663. Lihat al-Hakim, op.cit, Kitab al-Tafsir, Bab al-Tafsir, Bab Tafsir Surah al-Falaq, jil. 3, hal. 403, no. 4039.

RUJUKAN

Sidek, Mazlan (2004) Hadis dalam kitab al-Durr al-Thamin karangan Syeikh Daud al-Fatani : takhrij dan analisis Mazlan Sidek. Masters thesis, University of Malaya.

MAKLUMAN

Hasil penyelidikan ini telah dimasukkan disini melalui Projek Al-Durr Al-Thamin yang biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com.