Maha suci Engkau, hai Tuhanku, tiada dapat aku hingga akan memuji atas Kamu, Engkau Tuhan yang memuji atas diriMu

TEKS BAHASA ARAB

سبحنك لا أحصي ثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك

TEKS BAHASA MALAYSIA

Maha suci Engkau, hai Tuhanku, tiada dapat aku hingga akan memuji atas Kamu, Engkau Tuhan yang memuji atas diriMu

STATUS

Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Saudara Mazlan Sidek dalam kajian beliau,

Hadith Kelima:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

(( سبحنك لا أحصي ثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك ))

Maha suci Engkau, hai Tuhanku, tiada dapat aku hingga akan memuji atas Kamu, Engkau Tuhan yang memuji atas diriMu.

Takhrij Hadith:

  • Imam al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Da’awat, Bab Fi Du’a al-Witr, 5, hal. 382, no. 3566. Lihat Kitab al-Da’awat, Bab (… ..[1]), jil. 5, hal. 346, no. 3494.
  • Imam Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Salah, Bab al-Qunut fi al-Witr, jil. 2, hal. 64-65, no. 1423.
  • Imam Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Kitab Iqamah al-Salah wa al-Sunnah fi ha, Bab ma Ja’ fi al-Witr, 1, hal. 380, no. 1179.
  • Ahmad bin Syu’ayb Abu ‘Abd Allah al-Nasa’i (1986M), Sunan al-Nasa’i, Tahqiq ‘Abd al-Fatah Abu Ghuddah, Halab: Maktabah al-Matbu’ah al-Islamiyyah, Kitab Qiyam al-Layl wa Tatawwu’ al-Nahar, Bab al-Du’a fi al-Witr, cet. 2, jil. 3, hal. 248, no. 1747.
  • Imam Ahmad Ibn Hanbal, Musnad Ahmad Ibn Hanbal, Musnad ‘Ali bin Abi Talib, jil. 1, hal. 96 dan 150, no. 751 dan 1294[2].

 

 

Ulasan Serta Hukum Hadith:

Hadith ni adalah sahih. Sanadnya sahih dan kesemua rijalnya[3] thiqah[4].


[1] Nama bab ini tidak dinyatakan oleh Imam al-Tirmidhi.

[2] Hadith ini mempunyai penyokong daripada hadith yang lain, lihat Imam Ahmad Ibn Hanbal (t.t), Musnad Ahmad Ibn Hanbal, Misr: Mu’assasah al-Qurtubiyyah, jil. 2, hal. 284, jil. 6, hal. 86, 201.

[3] Perawi-perawi hadith.

[4] Thiqah ialah boleh dipercayai. Lihat Abu Zakariya Yahya bin Syaraf bin Murri al-Nawawi (1392H), Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, cet. 3, jil. 4, hal. 204.

RUJUKAN

Sidek, Mazlan (2004) Hadis dalam kitab al-Durr al-Thamin karangan Syeikh Daud al-Fatani : takhrij dan analisis Mazlan Sidek. Masters thesis, University of Malaya, hal. 135-136.

Daud bin Abdullah al-Fathani. (2017). الدر الثمين Al-Durru Al-Thamin (Permata Yang Indah) Pada Menyatakan I’tiqad Segala Orang Yang Mu’minin. (Noraine Abu & Mashadi Masyuti, Eds.). Batu Caves, Selangor: Al-Hidayah House Of Publisher Sdn Bhd, hal. 51-52.

MAKLUMAN

Hasil penyelidikan ini telah dimasukkan disini melalui Projek Al-Durr Al-Thamin yang biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!