Kunyah 40 kali apabila makan

Teks Bahasa Melayu :

Ada satu sunnah yang disandarkan kepada Nabi s.a.w iaitu mengunyah makanan sehingga 40 atau 44 kali.

Status :

Palsu

Ulasan :

Menurut Syeikh Abu Ihsan al-Utaiby, ini adalah dusta atas nama Nabi s.a.w.

Antara adab makan menurut hadis yang sahih adalah membaca bismillah, makan dengan tangan kanan, makan apa yang dekat dengan kita, makan dengan menggunakan tiga jari dan menjilatnya dan juga mengambil makanan yang jatuh.

Sumber :

40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur