Kisah Tawanan untuk Menyusukan Nabi SAW Kepada Perempuan Kota Mekah

TEKS BAHASA ARAB

TEKS BAHASA MALAYSIA

Halimah memberitahu beliau keluar daripada kampung halamannya bersama dengan suami dan seorang anak lelaki yang masih kecil yang sedang menyusu, bersama dengan sekumpulan perempuan daripada kelompok masyarakat Bani Saʼad bin Bakar dengan tujuan mencari bayi untuk disusukan dan mendapat upah daripada penyusuan yang dilakukan itu. Halimah menceritakan : Peristiwa tersebut berlaku pada musim kemarau dahsyat yang menyebabkan tidak ada apa yang dimiliki mereka. Seterusnya beliau menyatakan : Saya keluar dengan menaiki keldai milik saya bernama Qamraʼ. Kami mempunyai binatang ternakan tetapi tidak mengeluarkan meskipun setitis susu.

Kami juga tidak dapat tidur pada waktu malam, kerana asyik mendengar tangisan bayi kami yang kelaparan. Susu yang ada di dada saya pula tidak mencukupi, manakala binatang ternakan kami juga tidak mempunyai susu untuk dijadikan makanan. Namun kami tetap mengharapkan hujan turun dan keadaan tersebut akan berakhir. Saya keluar dengan menaiki keldai milik saya. Keldai yang saya tunggang bergerak terlalu perlahan kerana terlalu lemah dan kurus sehingga mengganggu perjalanan ahli rombongan yang lain. Akhirnya kami sampai juga di Mekah bagi mencari bayi yang hendak disusukan. Setiap perempuan daripada kalangan kami telah ditawarkan dengan Rasulullah SAW tetapi tidak mahu mengambilnya untuk dijadikan sebagai anak susuan, apabila diberitahu yang Baginda SAW adalah seorang anak yatim.Ini kerana kami mengharapkan bapa si bayi tersebut akan memberi apa-apa sumbangan kepada kami.

Kami mengatakan: Bayi itu adalah seorang anak yatim, apakah yang boleh dilakukan oleh ibu dan datuknya? Kerana itu kami tidak sanggup mengambil bayi itu kerana faktor tersebut. Setiap perempuan yang datang dalam rombongan tersebut mendapat seorang bayi kecuali saya.  Apabila kami memutuskan untuk  pulang semula ke kampung halaman, pada waktu itu saya berkata kepada suami; Saya tidak suka pulang bersama dengan perempuan-perempuan yang datang dengan saya itu dalam keadaan tidak membawa apa-apa bayi. Demi Allah saya tidak akan menemui semula bayi yatim itu dan mengambilnya. Jawab suaminya: Elok juga anda berbuat demikian, mudah-mudahan Allah menyediakan untuk kita keberkatan pada bayi itu. Setelah mendengar kata-kata suami, saya bergegas menemui ibu bayi itu dan mengambilnya. Tidak ada dorongan yang mendorong saya mengambil bayi tersebut selain daripada kerana saya tidak memperolehi bayi lain untuk dibawa pulang.

Halimah menceritakan seterusnya: Setelah mengambilnya saya terus membawanya ke dalam rombongan saya dan setelah saya meletakkannya di riba saya, bayi itu terus menyusu pada payudara saya mengikut semahunya. Bayi itu menyusu sehingga kenyang. Setelah itu bayi saya (saudaranya) pula menyusu sehingga kenyang dan kemudian tidur. Sebelum itu kami tidak dapat tidur kerana tangisan anak saya itu. Suami saya bangun lalu menuju kepada kambing kepunyaan kami dan mendapati kambing itu mempunyai susu. Beliau memerah susu daripadanya dalam jumlah yang cukup untuk saya dan beliau minum sehingga kami semua kekenyangan dan hilang dahaga. Setelah itu kami tidur dengan lena pada malam itu.

Halimah seterusnya menyatakan: Ada di kalangan sahabat saya bertanya apabila tiba waktu pagi: Demi Allah wahai Halimah, tidakkah puan tahu, puan sebenarnya telah mengambil satu jiwa yang berkat. Kata Halimah, saya menjawab: Demi Allah saya mengharapkan begitulah. Halimah menceritakan seterusnya: Kemudian kami keluar daripada kota Mekah dan saya menunggang keldai saya sebagaimana biasa dan mengendong bayi itu bersama dengan saya. Demi Allah keldai saya itu bergerak lebih pantas daripada keldai-keldai perempuan yang berada dalam rombongan saya itu sehingga meninggalkan mereka jauh di belakang. Rakan-rakan saya itu menyatakan: Wahai anak perempuan Abu Zuʼaib, perlahankan sedikit kenderaan anda itu, kasihanilah kami semua. Bukankah keldai ini merupakan keldai yang sama yang puan tunggang ketika datang ke Mekah sebelum ini. Halimah menyatakan: Saya menjawab: Ya ia adalah keldai sama yang saya tunggang untuk ke Mekah sebelum ini. Mereka semua menyatakan: Keldai itu telah menunjukkan satu pergerakan yang luar biasa.

Halimah menceritakan seterusnya: Kami tiba di rumah kami di perkampungan Bani Saʼad yang saya tahu tidak ada satu bumi yang paling teruk dilanda kering-kontang pada masa itu selain daripada bumi di kampung saya. Setelah kami membawa bayi tersebut, kambing-kambing peliharaan kami pulang dalam keadaan kekenyangan dan mempunyai susu. Kami memerah dan kami meminum susu tersebut, sedangkan dalam masa yang sama orang-orang lain yang tinggal di perkampungan tersebut tidak dapat memerah meskipun satu titik daripada kambing mereka kerana kambing-kambing mereka tidak mempunyai susu, sehinggakan ada dalam kalangan penduduk di kampung kami itu menyatakan kepada pengembala-pengembala mereka: Bawalah binatang-binatang ternakan itu ke tempat yang dibawa oleh pengembala kambing anak perempuan Abu Zuʼaib.

Namun meskipun telah dibawa ke tempat yang sama yang ditujui oleh pengembala kambing Halimah, kambing-kambing mereka tetap pulang dalam keadaan lapar dan tidak mempunyai susu meskipun setitis. Dalam masa yang sama kambing-kambing saya pulang dalam keadaan kenyang dan mempunyai susu. Kami sentiasa memperolehi penambahan dan kebaikan daripada Allah sehinggalah berlalu umur bayi tersebut selama dua tahun dan tiba masa berpisah dengannya. Pembesaran bayi itu begitu menakjubkan dan tidak menyamai bayi-bayi lain. Ketika berumur dua tahun keadaan fizikal tubuh badannya tidak ubah bagaikan seorang kanak-kanak yang sudah pun dewasa.

Ujar Halimah seterusnya: Kami telah membawa bayi itu kepada ibunya, dalam keadaan beriya-iya benar kalau bayi itu terus berada bersama dengan kami, lantaran keberkatan yang kami lihat ada pada bayi tersebut. Kami telah menyatakan hasrat kami kepada ibunya untuk terus memelihara dan menjaga bayi itu. Saya berkata; Bukankah baik sekiranya puan meninggalkan bayi puan itu di bawah jagaan saya sehingga dia menjadi seorang dewasa, kerana saya bimbang beliau akan terkena wabak penyakit yang sedang melanda kota Mekah sekarang ini. Kata Halimah: Kami terus memujuk ibunya sehingga beliau menyerahkan kembali bayinya itu kepada kami.

STATUS

Lemah 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Ini adalah hasil kajian Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim and Prof. Madya Dr. Rohaizan bin Baru and Ustaz Abdul Wahid bin Salleh,

Kisah Siti Aminah menawarkan Nabi SAW yang pada masa sama itu masih bayi untuk disusukan oleh perempuan-perempuan penyusu yang datang daripada luar kota Mekah bagi tujuan mencari rezeki dengan cara menyusukan anak-anak pembesar Arab Quraisy, merupakan antara kisah yang makruf diketahui oleh kita semua kerana ia memang disebut dalam kebanyakan kitab-kitab sejarah dan juga sirah. Malah kisah ini juga masyhur diperkatakan oleh para penceramah agama di surau dan juga masjid di negara kita. Ramai orang yang tertipu semata-mata kerana ia disebutkan dalam kitab-kitab sirah, sehingga al-Mubarakfuri juga memasukkannya dalam kitab beliau yang terkenal iaitu Ar-Rahiq al-Makhtum

(Hlm. 52 dan 53)

 .2. Jalan Cerita

Berdasarkan kepada yang tercacat dalam kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum (hlm. 52 dan 53), pengarangnya  memetik kisah tersebut daripada Ibn Ishak, yang menulis antara lain:

Halimah memberitahu beliau keluar daripada kampung halamannya bersama dengan suami dan seorang anak lelaki yang masih kecil yang sedang menyusu, bersama dengan sekumpulan perempuan daripada kelompok masyarakat Bani Saʼad bin Bakar dengan tujuan mencari bayi untuk disusukan dan mendapat upah daripada penyusuan yang dilakukan itu. Halimah menceritakan : Peristiwa tersebut berlaku pada musim kemarau dahsyat yang menyebabkan tidak ada apa yang dimiliki mereka. Seterusnya beliau menyatakan : Saya keluar dengan menaiki keldai milik saya bernama Qamraʼ. Kami mempunyai binatang ternakan tetapi tidak mengeluarkan meskipun setitis susu.

Kami juga tidak dapat tidur pada waktu malam, kerana asyik mendengar tangisan bayi kami yang kelaparan. Susu yang ada di dada saya pula tidak mencukupi, manakala binatang ternakan kami juga tidak mempunyai susu untuk dijadikan makanan. Namun kami tetap mengharapkan hujan turun dan keadaan tersebut akan berakhir. Saya keluar dengan menaiki keldai milik saya. Keldai yang saya tunggang bergerak terlalu perlahan kerana terlalu lemah dan kurus sehingga mengganggu perjalanan ahli rombongan yang lain. Akhirnya kami sampai juga di Mekah bagi mencari bayi yang hendak disusukan. Setiap perempuan daripada kalangan kami telah ditawarkan dengan Rasulullah SAW tetapi tidak mahu mengambilnya untuk dijadikan sebagai anak susuan, apabila diberitahu yang Baginda SAW adalah seorang anak yatim.Ini kerana kami mengharapkan bapa si bayi tersebut akan memberi apa-apa sumbangan kepada kami.

Kami mengatakan: Bayi itu adalah seorang anak yatim, apakah yang boleh dilakukan oleh ibu dan datuknya? Kerana itu kami tidak sanggup mengambil bayi itu kerana faktor tersebut. Setiap perempuan yang datang dalam rombongan tersebut mendapat seorang bayi kecuali saya.  Apabila kami memutuskan untuk  pulang semula ke kampung halaman, pada waktu itu saya berkata kepada suami; Saya tidak suka pulang bersama dengan perempuan-perempuan yang datang dengan saya itu dalam keadaan tidak membawa apa-apa bayi. Demi Allah saya tidak akan menemui semula bayi yatim itu dan mengambilnya. Jawab suaminya: Elok juga anda berbuat demikian, mudah-mudahan Allah menyediakan untuk kita keberkatan pada bayi itu. Setelah mendengar kata-kata suami, saya bergegas menemui ibu bayi itu dan mengambilnya. Tidak ada dorongan yang mendorong saya mengambil bayi tersebut selain daripada kerana saya tidak memperolehi bayi lain untuk dibawa pulang.

Halimah menceritakan seterusnya: Setelah mengambilnya saya terus membawanya ke dalam rombongan saya dan setelah saya meletakkannya di riba saya, bayi itu terus menyusu pada payudara saya mengikut semahunya. Bayi itu menyusu sehingga kenyang. Setelah itu bayi saya (saudaranya) pula menyusu sehingga kenyang dan kemudian tidur. Sebelum itu kami tidak dapat tidur kerana tangisan anak saya itu. Suami saya bangun lalu menuju kepada kambing kepunyaan kami dan mendapati kambing itu mempunyai susu. Beliau memerah susu daripadanya dalam jumlah yang cukup untuk saya dan beliau minum sehingga kami semua kekenyangan dan hilang dahaga. Setelah itu kami tidur dengan lena pada malam itu.

Halimah seterusnya menyatakan: Ada di kalangan sahabat saya bertanya apabila tiba waktu pagi: Demi Allah wahai Halimah, tidakkah puan tahu, puan sebenarnya telah mengambil satu jiwa yang berkat. Kata Halimah, saya menjawab: Demi Allah saya mengharapkan begitulah. Halimah menceritakan seterusnya: Kemudian kami keluar daripada kota Mekah dan saya menunggang keldai saya sebagaimana biasa dan mengendong bayi itu bersama dengan saya. Demi Allah keldai saya itu bergerak lebih pantas daripada keldai-keldai perempuan yang berada dalam rombongan saya itu sehingga meninggalkan mereka jauh di belakang. Rakan-rakan saya itu menyatakan: Wahai anak perempuan Abu Zuʼaib, perlahankan sedikit kenderaan anda itu, kasihanilah kami semua. Bukankah keldai ini merupakan keldai yang sama yang puan tunggang ketika datang ke Mekah sebelum ini. Halimah menyatakan: Saya menjawab: Ya ia adalah keldai sama yang saya tunggang untuk ke Mekah sebelum ini. Mereka semua menyatakan: Keldai itu telah menunjukkan satu pergerakan yang luar biasa.

Halimah menceritakan seterusnya: Kami tiba di rumah kami di perkampungan Bani Saʼad yang saya tahu tidak ada satu bumi yang paling teruk dilanda kering-kontang pada masa itu selain daripada bumi di kampung saya. Setelah kami membawa bayi tersebut, kambing-kambing peliharaan kami pulang dalam keadaan kekenyangan dan mempunyai susu. Kami memerah dan kami meminum susu tersebut, sedangkan dalam masa yang sama orang-orang lain yang tinggal di perkampungan tersebut tidak dapat memerah meskipun satu titik daripada kambing mereka kerana kambing-kambing mereka tidak mempunyai susu, sehinggakan ada dalam kalangan penduduk di kampung kami itu menyatakan kepada pengembala-pengembala mereka: Bawalah binatang-binatang ternakan itu ke tempat yang dibawa oleh pengembala kambing anak perempuan Abu Zuʼaib.

Namun meskipun telah dibawa ke tempat yang sama yang ditujui oleh pengembala kambing Halimah, kambing-kambing mereka tetap pulang dalam keadaan lapar dan tidak mempunyai susu meskipun setitis. Dalam masa yang sama kambing-kambing saya pulang dalam keadaan kenyang dan mempunyai susu. Kami sentiasa memperolehi penambahan dan kebaikan daripada Allah sehinggalah berlalu umur bayi tersebut selama dua tahun dan tiba masa berpisah dengannya. Pembesaran bayi itu begitu menakjubkan dan tidak menyamai bayi-bayi lain. Ketika berumur dua tahun keadaan fizikal tubuh badannya tidak ubah bagaikan seorang kanak-kanak yang sudah pun dewasa.

Ujar Halimah seterusnya: Kami telah membawa bayi itu kepada ibunya, dalam keadaan beriya-iya benar kalau bayi itu terus berada bersama dengan kami, lantaran keberkatan yang kami lihat ada pada bayi tersebut. Kami telah menyatakan hasrat kami kepada ibunya untuk terus memelihara dan menjaga bayi itu. Saya berkata; Bukankah baik sekiranya puan meninggalkan bayi puan itu di bawah jagaan saya sehingga dia menjadi seorang dewasa, kerana saya bimbang beliau akan terkena wabak penyakit yang sedang melanda kota Mekah sekarang ini. Kata Halimah: Kami terus memujuk ibunya sehingga beliau menyerahkan kembali bayinya itu kepada kami.

  1. Takhrij hadis

Kisah di atas dikeluarkan oleh Abu Yaʼla dalam Musnadnya (jil. 13, hlm. 93) (hadis no:7163). Al-Tabrani dalam Al-Muʼjam Al-Kabir, (jil. 24, hlm 213) (hadis no: 545) Abu Nuʼaim dalam Al-Dalaʼil an-Nubuwwah (jil. 1, hlm. 193-196) (hadis no: 94), Ibn Hibban dalam Al-Mawarid, (hadis no: 294), Ibn Hisyam dalam Al-Sirah (jil. 1, hlm. 211), kesemuanya melalui jalan Ibn Ishak yang meriwayatkannya daripada Jahm bin Abu Jahm Mawla al-Harith bin Hatib al-Jumahi yang meriwayatkannya daripada Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib.

Hadis di atas juga dikemukakan oleh Ibn Kathir dalam Al-Bidayah Wa an-Nihayah (jil. 2, hlm. 661) di bawah tajuk “Penyusuan Rasulullah SAW dengan Halimah binti Abu Zuʼaib dan Keberkatan dan Tanda-Tanda Kenabian yang Terdapat pada Diri Baginda.ʺ

Hadis di atas juga diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Dalaʼil an-Nubuwwah (jil. 1, hlm. 132 dan 133) melalui jalan orang yang sama di atas iaitu Ibn Ishak.

Doktor Muhammad Said Ramadan al-Buti mengemukakan kisah di atas dalam bukunya Fiqh as-Sirah (hlm. 49) secara ringkas.

  1. Penilaian

Kisah di atas sebenarnya termasuk ke dalam kategori kisah yang tidak sahih meskipun masyhur diketengahkan dalam ceramah-ceramah agama dan ditulis dalam buku-buku sirah dan sejarah, kerana ia mempunyai dua bentuk penyakit iaitu:

  1. Peristiwa yang bernama Jahm bin Abu Jahm seorang yang tidak kenali identitinya. Menurut az-Zahabi dalam Al-Mizan (jil. 1/426/1583) Jahm bin Abu Jahm meriwayatkan daripada Ibn Jaafar bin Abi Talib dan daripada beliau Ibn Ishak meriwayatkan kisah di atas. Jahm seorang yang tidak dikenali, meskipun beliau yang mengemukakan kisah berkaitan dengan Halimah Saʼdiyah itu. Ini diakui oleh Ibn Hajar dalam Al-Lisan (jil. 1/178,-274/2141).
  2. Sanad kisah di atas terputus di antara Jahm bin Abu Jahm dengan Abdulullah bin Jaafar bin Abi Talib. Begitu juga terputus di antara Abdulullah bin Jaafar dengan Halimah Saʼdiyah sendiri.

Menurut al-Albani dalam DifaʼʻAn al-Hadis an-Nabawi Wa as-Sirah Fi ar-RaddʻAla Jahalat ad-Duktur al-Buti fi kitabih Fiqh as-Sirah (jil. 39 dan 40), kisah di atas tidak diketengahkan dengan sanad yang boleh dijadikan sebagai hujah. Jalan riwayatnya yang paling masyhur sekali adalah menerusi Muhammad bin Ishak daripada Jahm bin Abu Jahm daripada Abdulullah bin Jaafar daripada Halimah binti Al-Harith as-Saʼdiyyah.

Isnadnya lemah, kerana terdapat dua jenis penyakit:

  1. Terdapat unsur kacau-bilau dalam sanad, sebagaimana yang dapat dilihat daripada segi zahirnya. Dalam riwayat yang pertama mengandungi ʼAnʼanah Ibn Ishak daripada semua perawinya, manakala dalam riwayat yang lain terdapat pernyataan jelas yang beliau meriwayatkan secara Al-Tahdith, sedangkan al-Jahm sendiri telah menegaskan yang beliau tidak mendengar kisah tersebut daripada Abdullah bin Jaafar dan penegasan Abdullah bin Jaafar yang beliau tidak pernah mendengar kisah tersebut daripada mulut Halimah sendiri. Berlaku putus sanad di antara Ibn Ishak dengan Abu al-Jahm. Abu Ishak pula terkenal sebagai seorang mudallis (yang melakukan pendustaan). Dalam riwayat yang kedua berlaku putus sanad pada dua tempat. Daripada situ dapat diketahui tentang kesamaran al-Hafiz dalam Al-Isabah (jil. 4, hlm. 266) yang melaporkan antara lain: Ibn Hibban menegaskan dalam sahihnya dengan cara Tahdith di antara Abdullah bin Jaafar dengan Halimah.

Kenyataan al-Hafiz di atas tidak mempunyai asas kepada Tahdith, baik di sisi Ibn Hibban mahupun di sisi ulama hadis yang lain. Adalah sesuatu yang mustahil Abdullah bin Jaafar bertemu dengan Halimah, perempuan yang telah menyusu Rasulullah SAW pada zaman kecil baginda, kerana ketika Nabi SAW wafat, Abdullah baru saja berumur 10 tahun. Meskipun para perawi hadis tidak menyebut bila Halimah meninggal dunia, namun pada kebiasaannya beliau meninggal dunia sebelum Rasulullah SAW lagi. Allah SWT yang Maha Mengetahui hakikat tersebut. Tidak kira sama ada jalan riwayat yang pertama kuat atau jalan riwayat yang kedua kuat, yang jelasnya isnadnya terputus.

  1. Penyakitnya berlegar di sekitar Jahm bin Abu al-Jahm, seorang yang tidak dikenali identitinya. Al-Hafiz menyatakan dalam Al-Mizan: (Beliau seorang yang tidak dikenali, meskipun beliau meriwayatkan kisah Halimah as-Saʼdiyyah).
  2. Jalan Riwayat yang Kedua

Jalan riwayat yang kedua dikeluarkan oleh Ibn Saʼad dalam At-Tabaqat (jil. 1, hlm. 52) menerusi Muhammad Ibn Umar bin Waqid Al-Aslami yang meriwayatkannya pula daripada Zakaria bin Yahya bin Yazid Al-Saʼdi daripada bapanya.

  1. Penilaian

Kisah yang dilaporkan oleh Ibn Saʼad di atas juga adalah lemah. Penyakitnya terdapat pada Muhammad bin Umar bin Waqid as-Aslami, yang mana adalah al-Waqidi. Az-Zahabi mengemukakannya dalam Al-Mizan (jil. 3/262/7993) dengan mengatakan: Ahmad bin Hanbal mengatakan: Beliau adalah seorang pendusta dan menukar hadis.

Ibn Maʼin menyatakan: Beliau seorang yang tidak boleh dipercayai. Di kala yang lain beliau menyatakan; Hadisnya tidak ditulis orang.

Al-Bukhari dan Abu Hatim menyatakan: Beliau seorang yang tidak diambil kira hadisnya. Abu Hatim dan an-Nasaʼi juga menyatakan: Beliau mereka hadis.

Ad-Daraqutni menyatakan: Pada diri beliau terdapat kelemahan.

Kata Ibn Adi; Hadis-hadisnya tidak dihafaz orang dan penyakit datang daripada beliau.

Kata al-Bukhari: Ahli-ahli hadis mendiamkan diri terhadap beliau dan saya tidak mengenali diri beliau meskipun satu huruf. Kata Ibn Rahawaih: Bagi saya beliau seorang yang mereka hadis. Setelah itu al-Bukhari mengakhiri biodata beliau dengan kata-kata: Ulama telah ijmak tentang kelemahan al-Waqidi.

Berdasarkan kepada laporan yang dikemukakan oleh Ibn Hibban dalam Al-Majruhin (jil. 2, hlm. 290), antara lain beliau menulis: Muhammad bin Umar bin Waqid al-Aslami al-Madani adalah qadi Baghdad. Gelarannya adalah Abu Abdillah dan meriwayatkan hadis daripada Malik dan penduduk Madinah. Beliau meninggal dunia pada tahun 207 Hijrah atau selepasnya di Baghdad pada hari selasa 12 Rejab. Beliau antara tokoh yang menghafaz tentang hari-hari kebesaran bangsa Arab dan sejarah hidup mereka. Beliau banyak meriwayatkan hadis yang bertukar-tukar daripada perawi-perawi yang dipercayai dan meriwayatkan hadis-hadis yang bermasalah daripada golongan kepercayaan. Imam Ahmad menghukum beliau sebagai dusta.

Yahya bin Maʼin menyatakan al-Waqidi tidak ada apa-apa yang boleh diambil kira, manakala Ali bin al-Madini pula menganggap al-Waqidi sebagai orang yang suka mereka hadis. Inilah kenyataan Imam Ahmad bin Hanbal dengan sanadnya daripada Ibn Hibban tentang ulasan Yahya bin Maʼin dan Ali bin al-Madini bagi menguatkan apa yang kita nukilkan daripada Imam az-Zahabi tentang kedua-dua orang tokoh tanpa sanad.

Imam al-Bukhari menyebut dalam At-Tarikh Al-Kabir (jil. 1/178/543) antara lain: Muhammad bin Umar al-Waqidi, seorang yang berasal daripada penduduk Madinah, pernah menjadi qadi Baghdad, meriwayatkan daripada Muammar dan Malik. Mereka mendiamkan diri tentangnya. Beliau ditinggalkan oleh Ahmad dan Ibn Numair. Beliau meninggal dunia pada tahun 207 atau tidak beberapa lama selepas itu.

Ungkapan ʺmereka mendiamkan diri tentangnya” dianggap oleh sesetengah orang sebagai mudah dan ringan, sedangkan bagi mereka yang pakar dalam bidang hadis ia merupakan satu istilah yang besar. Imam as-Suyuti menyebut dalam At-Tadrib (jil. 1, hlm. 349) di bawah tajuk ʺperingatan” antara lain beliau menyatakan: Apabila al-Bukhari menggunakan ungkapan “padanya ada perkara yang perlu dilihat” dan mereka mendiamkan diri tentangnya” ia ditujukan kepada orang-orang yang ditinggalkan hadisnya. Apabila beliau menggunakan lafaz Mungkar al-Hadis” ia membawa tidak halal meriwayatkan sebarang hadis daripada orang itu.

Imam an-Nasaʼi mengemukakan dalam Ad-Duʼafak Wa al-Matrukin nombor 531, antara lain beliau menyatakan: Muhammad bin Umar al-Waqidi, seorang yang ditinggalkan hadis.

Menurut Al-Hafiz az-Zahabi dalam syarah an-Nukhbah, dalam mazhab an-Nasaʼi hadis yang diriwayatkan oleh seseorang perawi tidak boleh ditinggalkan dengan mudah begitu sahaja melainkan setelah kesemua tokoh besar ahli hadis bersepakat untuk meninggalkannya.

 

 

  1. Kaedah Penting

Kisah di atas tidak dapat diperkuatkan melalui jalan Mutabaʼah dan juga syawahid, kerana ia menambahkan lagi kelemahan kedudukannya. Al-Hafiz Ibn Kathir menyebut dalam Ikhtisar Ulum Al-Hadis (hlm. 33) Syeikh Abu Amru menyatakan: Tidak semestinya wujud sesebuah hadis lemah melalui berbagai-bagai jalan akan membuatkan hadis itu naik taraf kepada hasan, kerana lemah itu sendiri berbagai bentuk dan ada di antaranya yang tidak akan hilang dengan Mutabaʼah iaitu langsung tidak mampu memberi kesan kepada kedudukannya sebagai tabiʼ mahupun Matbuʼ seperti orang yang dilakukan oleh perawi-perawi yang dusta dan yang ditinggalkan oleh ahli-ahli hadis. Kaedah ini telah pun dijelaskan dalam kisah yang kedua sebelum ini.

  1. Kesimpulan

Kisah di atas adalah lemah dan sama sekali tidak boleh dijadikan sebagai hujah dalam ceramah mahupun kuliah agama. Meskipun ia disebut oleh Ibn Saʼad dalam Al-Tabaqat, namum salah seorang perawi yang diketengahkan oleh Ibn Saʼad dalam meriwayatkan kisah di atas adalah al-Waqidi, seorang yang sangat suka melakukan pendustaan. Menurut Syeikh al-Albani dalam Ar-Rad ʼAla Jahalat al-Buti Fi Fiqh as-Sirah (hlm. 40) bagi Abu Nuʼaim kisah tersebut mempunyai dua jalan yang lain. Keduanya juga berpunca daripada al-Waqidi. Beliau seorang yang sangat dusta. Salah satunya beliau riwayatkan daripada syeikhnya Musa bin Syaibah, seorang yang meriwayatkan hadis yang lemah, sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz dalam Al-Taqrib dan satu jalan lagi daripada Abd as-Samad bin Muhammad as-Saʼdi daripada bapanya daripada datuknya, katanya: Saya telah diceritakan oleh sesetengah orang yang memelihara kambing kepunyaan Halimah. Sedangkan mereka semua tidak dikenali identitinya.

RUJUKAN

Basri bin Ibrahim, Rohaizan bin Baru, & Abdul Wahid bin Salleh. (2015). Kisah-Kisah Lemah Yang Sewajarnya Dilihat Semula Oleh Para Penceramah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah House of Publisher Sdn Bhd.

MAKLUMAN

Hasil penyelidikan ini telah dimasukkan disini melalui Projek 60 Kisah-Kisah Lemah yang biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!