Kisah Pesanan Nabi SAW Kepada Umar RA, Agar Tidak Lupa untuk Berdoa Buat Baginda Ketika Berada di Mekah

TEKS BAHASA ARAB

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Umar bin al-Khattab r.a, katanya: Saya pernah meminta izin daripada Nabi SAW untuk menunaikan umrah lantas baginda mengizinkan saya berbuat demikian. Baginda menyatakan kepada saya; Wahai saudaraku jangan lupa kami sekalian dalam doa anda.

Kata Umar bin al-Khattab r.a.: Rasulullah SAW telah mengucapkan satu kalimah yang cukup menggembirakan saya melebihi kegembiraan saya daripada memperoleh dunia. Kata Syubah: Kemudian saya menemui Asim di Madinah dan beliau menceritakan perkara tersebut kepada saya dan katanya; Wahai saudaraku jangan lupa berkongsi dengan kami dalam doa anda. 

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Ini adalah hasil kajian Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim and Prof. Madya Dr. Rohaizan bin Baru and Ustaz Abdul Wahid bin Salleh,

Pendahuluan

Kisah ini masyhur diperkatakan bukan sahaja oleh penceramah bukan sahaja oleh penceramah dalam stesen radio dalam rancangan Al-Quran al-Karim di Mesir dan rancangan tersebut mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat.

Jalan Kisah

Daripada Umar bin al-Khattab r.a, katanya: Saya pernah meminta izin daripada Nabi SAW untuk menunaikan umrah lantas baginda mengizinkan saya berbuat demikian. Baginda menyatakan kepada saya; Wahai saudaraku jangan lupa kami sekalian dalam doa anda. Kata Umar bin al-Khattab r.a.: Rasulullah SAW telah mengucapkan satu kalimah yang cukup menggembirakan saya melebihi kegembiraan saya daripada memperoleh dunia. Kata Syubah: Kemudian saya menemui Asim di Madinah dan beliau menceritakan perkara tersebut kepada saya dan katanya; Wahai saudaraku jangan lupa berkongsi dengan kami dalam doa anda.

Penilaian

Kisah di atas sebenarnya tidak sahih. Al-Khatib al-Baghdadi menyatakan dalam Tarikh Baghdad (jil. 11 hlm. 396), hadis di atas diriwayatkan oleh Qasim bin Yazid al-Harbi daripada Sufyan at-Thawri daripada Asim daripada Ubaidillah. Ia juga diriwayatkan oleh Mu’ammal bin Ismail daripada Syubah dan Sufyan at-Thawri daripada Asim.

Berhubung dengan hadis Qasim daripada Sufyan at-Thawri, diikuti oleh enam orang perawi iaitu Waki’, Abd ar-Razzaq, Muhammad bin Yusuf, al-Firyabi, Qubaisah dan Muammal. Hadis enam orang perawi di atas disebut sebagai hadis Waki’, hadis Abd ar-Razzaq dan seterusnya.

Berhubung dengan hadis Mu’ammal dalam riwayatnya daripada Syubah diikuti oleh lima orang iaitu Sulaiman bin Harb, Muhammad bin Jaafar, Abu al-Walid at-Tayalisi, Amru bin Marzuq dan Hajjaj bin Minhal. Hadis yang diriwayatkan oleh lima orang perawi itu dinamakan sebagai hadis Sulaiman bin Harb, hadis Muhammad bin Jaafar dan seterusnya.

Pakar hadis daripada lembah Nil iaitu Syeikh Ahmad Syakir menjelaskan dalam Syarah Alfiyah as-Suyuti (hlm. 12), antara lain seperti berikut:

Al-Bukhari menyatakan; saya menghafaz 100,000 buah hadis sahih dan 200,000 buah hadis yang tidak sahih. Maksud beliau ialah ingin menjelaskan tentang perbezaan jalan hadis disebabkan perbezaan perawinya. Kadang-kadang satu hadis diriwayatkan daripada sahabat, oleh beberapa orang tabiin dan kemudian diriwayatkan pula daripada setiap orang tabiin oleh sebilangan pengikut tabiin, kemudian diriwayatkan pula daripada setiap orang daripada mereka, sebilangan perawi, begitulah seterusnya. Dengan lain perkataan hadis tersebut satu sahaja pada asalnya, tetapi jalan riwayatnya yang berbagai-bagai.

Sebenarnya kisah di atas adalah gharib daripada Salim, kerana ia hanya diriwayatkan secara berseorangan oleh Asim daripada Ubaidillah. Kisah di atas juga adalah gharib daripada Ibn Umar, kerana ia hanya diriwayatkan oleh Salim seorang sahaja. Hadis yang membabitkan kisah di atas adalah bersifat sendirian iaitu sendirian secara mutlak meskipun wujud masyhur secara nisbi.

Konsep sendirian secara mutlak ialah hadis yang tidak diketahui melainkan melalui jalan sahabat tertentu, meskipun jalan riwayat yang sampai kepada-Nya adalah berbagai-bagai, sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Sakhawi dalam Fath al-Mughith (jil. 4, hlm. 4).

Daripada penjelasan di atas membuktikan riwayat Asim bin Ubaidillah secara solo dalam menyampaikan kisah tersebut. Kisah di atas telah dikemukakan oleh Ibn Abi Hatim dalam Al-Jarh Wa at-Ta’dil (jil. 6. Hlm. 347). Beliau pernah menyatakan; Saya bertanya bapa saya tentang Asim bin Ubaidillah? Jawab beliau; Beliau meriwayatkan hadis mungkar dan hadis yang kacau-bilau.

Imam al-Bukhari menjelaskan dalam Ad-Dua’afak al-Saghir (no: 281) seperti berikut: Asim bin Ubaidillah al-Umari, seorang yang meriwayatkan hadis mungkar.

Imam as-Suyuti menyebut dalam Tadrib ar-Rawi (jil. 1, hlm. 349) antara lain: Apabila Al-Bukhari menggunakan istilah “padanya ada perkara yang perlu dilihat”, dan “mereka semua mendiamkan diri tentangnya”, ia membawa maksud perawi hadis berkenaan ditinggalkan orang. Apabila beliau menggunakan istilah “mungkar hadis”, ia membawa maksud perawi hadis terlibat adalah perawi yang tidak halal kepada perawi lain meriwayatkan hadis daripada beliau.

Imam az-Zahabi mengemukakan kisah tersebut dalam Al-Mizan (2/353/4056) dengan menukilkan pandangan para ulama Al-Jarah Wa at-Ta’dil. Kata Abu Zur’ah dan Abu Hatim: Beliau (Asim) meriwayatkan hadis mungkar. Kata ad-Daraqutni: Hadis yang diriwayatkan beliau tidak dilihat orang.

Ibn Hibban menyatakan dalam Al-Majruhin (jil. 2, hlm. 127): Setiap perawi yang memiliki hafalan yang buruk, banyak kesamaran dan melakukan kesalahan yang teruk, ditinggalkan orang hadis riwayatnya lantaran banyak kesalahannya.

Al-Hafiz al-Iraqi menyebut dalam Fath al-Mughith (hlm. 7): Sesiapa yang banyak salah dalam meriwayatkan hadis dan buruk hafalannya, berhak ditinggalkan hadisnya, meskipun beliau seorang yang adil. Hadis-hadis yang berada pada martabat perlu ditinggalkan orang tidak sesuai untuk Mutaba’ah dan juga Syawahid.

Dengan ini terbukti kisah di atas adalah kisah yang sangat lemah dan hadis yang berkaitan dengannya ditinggalkan orang.

RUJUKAN

Basri bin Ibrahim, Rohaizan bin Baru, & Abdul Wahid bin Salleh. (2015). Kisah-Kisah Lemah Yang Sewajarnya Dilihat Semula Oleh Para Penceramah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah House of Publisher Sdn Bhd.

MAKLUMAN

Hasil penyelidikan ini telah dimasukkan disini melalui Projek 60 Kisah-Kisah Lemah yang biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!