Kisah Pengemis Buta Yahudi Dan Rasulullah

في سوق المدينة كان هناك فقير يهودي أعمى،

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta

و كان ينذر كل من مر بقربه

Dan dia selalu memberi amaran kepada sesiapa sahaja lalu berhampirannya,

و يقول لهم أن محمداً كذاب و ساحر و يسبه و يشتمه.

  Dan dia berkata bahawa Muhammad adalah pembohong dan tukang sihir, dan dia mengutuk baginda serta mengkeji baginda.

و مع هذا كان الرسول صلى الله عليه و سلم يذهب كل صباح

Namun, Rasulullah -sal Allah ‘alaihi wa sallam- mendatanginya setiap pagi

ويطعم هذا الرجل الفقير دون أن يتكلم بشيء أو يخبره من هو.

dan baginda memberi makan lelaki faqir ini tanpa bercakap sedikitpun atau tanpa memperkenalkan dirinya.

ظل يطعمه كل يوم حتى توفي الرسول صلى الله عليه و سلم،

Baginda berterusan memberi dia makan setiap hari sehinggalah wafatnya Rasulullah -sal Allah ‘alaihi wa sallam-

ثم إنقطع الأكل عن هذا الرجل.

Kemudian, terputuslah bekalan makanan dari lelaki ini.

و في يوم من الأيام، سأل أبو بكر عائشة

Pada suatu hari, Abu Bakr telah bertanya ‘Aisyah,

إذا ما كان هناك أي سنة من سنن الرسول التي لم يفعلها أبا بكر بعد،

Sekiranya ada lagi sunnah dari sunnah-sunnah Rasul yang masih belum diamalkan oleh Abu Bakr

فقالت انك تتبع السنة في كل شيء إلا شيء واحد،

Lalu ‘Aisyah berkata bahawa kamu telah ikut sunnah dalam semua perkara melainkan satu perkara

وأخبرته ما كان يفعل الرسول صلى الله عليه وسلم كل صباح و يطعم اليهودي الأعمى.

Dan beliau memaklumkannya tentang perbuatan Rasul -sal Allah ‘alaihi wa sallam- setiap pagi dan memberi makan seorang Yahudi Buta.

فأخذ أبا بكر طعام و ذهب يطعمه،

Lalu Abu Bakr mengambil makanan lantas pergi memberinya makan

لكن اليهودي عرف أنه ليس من كان يطعمه سابقا،

Akan tetapi, si Yahudi tersebut dapat kenal bahawa dia bukanlah orang yang memberinya makan sebelum ini

فسأله من هو فأخبره أن الذي يطعمه كان الرسول صلى الله عليه وسلم،

Lalu dia telah bertanya [Abu Bakr], siapakah dia. Lalu beliau memberitahunya bahawa orang yang memberinya makan [sebelum ini] adalah Rasul -sal Allah ‘alaihi wa sallam.

فبكى اليهودي و ندم على اساءته للرسول صلى الله عليه وسلم مع أنه هو الذي كان يطعمه،

Lalu telah menangislah si Yahudi dan dia telah menyesal atas perbuatan buruknya terhadap Rasul -sal Allah ‘alaihi wa sallam- sedangkan bagindalah yang memberinya makan.

و بكى أبو بكر، و ثم أسلم اليهودي!

Dan menangislah Abu Bakr, dan kemudian, si Yahudi tersebut telah Islam!

Status

Tidak Sahih

Analisis Kisah
  1. Kisah ini tidak terdapat dalam kitab-kitab sunnah yang bersanad
  2. Kisah ini bertentangan dengan beberapa fakta dan hadis sahih, antaranya:
Rujukan

Muntada Al-Irsyad Lil Fatawa Asy-Syar’iyah: Ma sihat Qissah Al-Faqir Al-Yahudi Allazi Kaana Yasubbu Ar-Rasul wa Kaana Ar-Rasul Yut’imuhu hatta maat?