Keutamaan bawang kucai (al-Kurras) daripada semua jenis sayuran adalah seperti keutamaan gandum atas segala biji-bijian

TEKS BAHASA ARAB

فَضْلُ الْكُرَّاثِ عَلَى سَائِرِ الْبُقُولِ كَفَضْلِ الْبُرِّ عَلَى الْحُبُوبِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Keutamaan bawang kucai (al-Kurras) daripada semua jenis sayuran adalah seperti keutamaan gandum atas segala biji-bijian

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Ibn al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif,

وَنَحْنُ نُنَبِّهُ عَلَى أُمُورٍ كُلِّيَةٍ يعرف بِهَا كَوْنُ الْحَدِيثُ مَوْضُوعًا:

Dan kami berikan amaran terhadap perkara-perkara umum [yang melaluinya] dikenali dengannya keadaan hadis yang palsu. (Di dalam buku ini akan dijelaskan beberapa ciri umum hadis palsu.)[1]

وَمِنْهَا سَمَاجَةُ الْحَدِيثِ وَكَوْنُهُ مِمَّا يُسْخَرُ مِنْهُ كَحَدِيث

Antara ciri hadis palsu juga adalah kandungan hadis yang kasar dan mengundang celaan daripada orang yang mendengarnya.[2] …

Selepas menyebutkan ciri-ciri ke-3 untuk mengenali hadis palsu, seterusnya beliau menyebut beberapa contoh antaranya,

فَضْلُ الْكُرَّاثِ عَلَى سَائِرِ الْبُقُولِ كَفَضْلِ الْبُرِّ عَلَى الْحُبُوبِ

“Keutamaan bawang kucai (al-Kurras) daripada semua jenis sayuran adalah seperti keutamaan gandum atas segala biji-bijian.”[3]

 


[1] Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf, hal. 50.
[2] Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf, hal. 54.
[3] Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at berkata: “Tiada syak lagi dalam kepalsuannya.”

RUJUKAN

  • Muḥammad bin Abī Bakr, Ibn Qayyim al-Jawziyyah. 1390H. Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf tahqīq. ‘Abd al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Halab: Maktabah al-Maṭbū‘āt al-Islāmiyyah, hal. 55.
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, hal. 48.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!