Ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah

لَمَّا قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ جَعَلَ النِّسَاءُ وَالصِّبْيَانُ وَالْوَلاَئِدُ يَقُوْلُوْنَ

طَـلَعَ الْبَدْرُ  عَلَيْنـَا     مِنْ ثَنِيـَّاتِ  الْوَدَاعْ

وَجَبَ الشُّـكْرُ عَلَيْنَا     مَـا دَعَـا للهِ  دَاعْ

أَيـُّهَا الْمَبْـعُوْثُ فِيْنَا     جِئْتَ بِاْلأَمْرِ الْمُطَاعْ

فَقَالَ لَهُنَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هَزُّوْا غَرَابِيْلَكُمْ بَارَكَ اللهُ فِيْكُمْ

Dikatakan bahawa :

 Ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah para perempuan dan anak-anak mengalunkan syair;

 

Telah terbit rembulan bagi kami,

       dari bukit al-Wada’

Kita semua harus bersyukur,

       atas seruan kepada Allah oleh sang penyeru

Wahai Nabi yang diutus kepada kita,

       Engkau datang membawa perintah untuk ditaati

 

Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada mereka, “Goyang-goyangkanlah rebana kalian, semoga Allah memberkahi kalian.

 

DARJAT HADIS

Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

-Imam Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya Ahadis Al-Qasas, m/s 17.

-Imam Al-Fattani di dalam kitabnya Tadzkiratu Al-Maudhu’at, m/s 196.

-Imam Al-Baihaqi di dalam kitabnya Dala’il al-Nubuwwah, jilid 2, m/s 507.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

-Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani berkata di dalam Fathul Bari menyatakan hadis ini mu’dhal.

-Imam Al-Hafiz Al-’Iraqi berkata di dalam Takhrij al-Ihyaa bahawa ia adalah hadis mu’dhal.

-Syeikh Al-Albani berkata di dalam Al-Silsilah al-Dhaifah: Sanad hadis ini dhaif.

 

Rujukan:

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki