Kesakitan saat menghadapi malaikat maut

ِلمُعِاَلَجَةِ مَلِكُ اَلْمَوْتِ أَشَد مِنْ أَلَفِ ضَرِبَةِ بِالسَيْفِ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:  

“Kesakitan saat menghadapi malaikat maut itu lebih dahsyat daripada seribu pukulan pedang”

DARJAT HADIS

Hadis ini bertaraf Dhaif Jiddan (sangat lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

-Imam Al-Zahabi di dalam kitabnya Taqrib al-Maudu’at m/s 1071.

-Imam Ibnu Jauzi di dalam kitabnya Al-Maudhu’at jilid 3 m/s 220.

-Imam Al-Suyuthi di dalam kitabnya Al-Jami’ Al-Saghrir jilid 1 m/s 10244.

– Imam Ibnu Iraq Al-Kanani di dalam kitabnya Tanzih Al-Syariah jilid 2 m/s 365.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

-Imam Al-Syaukani menyatakan hadis ini tidak sahih

– Imam Al-Suyuthi menyatakan hadis ini tidak sahih

-Imam Ibnu Jauzi menyatakan hadis ini tidak sahih daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.

-Imam Al-Fattani menyatakan hadis ini tidak sahih kerana padanya ada perawi yang ditinggalkan periwayatan hadisnya

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki