Kepalsuan ucapan Ummati di akhir hayat baginda s.a.w

Teks Bahasa Melayu :

Dikatakan bahawa Saidina Ali berkata :

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w di akhir hidupnya menggerakkan bibirnya dua kali. Lalu aku mendekatkan telingaku dan aku mendengar Nabi s.a.w mengucapkan : Umatku, umatku secara perlahan lalu wafatlah Nabi s.a.w

Status :

Tidak sahih

Ulasan :

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari menyatakan bahawa riwayat yang menyatakan Rasulullah s.a.w wafat di pangkuan Saidina Ali r.a adalah hadis-hadis yang diriwayatkan oleh perawi Syiah.

Ungkapan terakhir yang disebutkan oleh Nabi s.a.w adalah seperti berikut :

“Bersama-sama dengan mereka yang Engkau kurniakan dan golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan salihin. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah aku dan kasihanilah aku, letakkan aku dengan Kekasih yang Tertinggi, Ya Allah Ya Tuhanku Kekasih yang Tertinggi.

(Hadis riwayat Bukhari)

Baginda mengulangi lafaz yang terakhir sebanyak tiga kali dan tangan baginda terus layu ke bawah, maka baginda pun terus bersama Kekasih yang Tertinggi.

Ini jelas menunjukkan tidak ada laporan yang sahih berkenaan riwayat Ummati, Ummati menjelang kewafatan Nabi s.a.w.

Rujukan :

Fath al-Bari oleh Ibn Hajar 8/139

Sumber :

40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur