Kepalsuan Fadhilat Memotong Kuku

Teks Bahasa Melayu :

Hari Sabtu : Keluar ubat dari tubuh dan masuk penyakit ke dalamnya

Hari Ahad : Keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

Hari Isnin : Keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa : Keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Keluar daripadanya was-was dan masuk kepapaan

Hari Khamis : Keluar daripadanya gila dan masuk sembuh dari penyakit

Hari Jumaat : Keluar daripadanya dosa-dosa dan masuk rahmat

Status :

Palsu

Ulasan :

Imam al-Syaukani berkata : “Dalam sanadnya ada para pemalsu hadis dan pelapor yang tidak dikenali” (al-Fawaid al-Majmuah)

Namun ada  dalam kalangan para sahabat dan tabien yang suka memotong kuku pada hari Jumaat seperti Ibn Umar dan Muhammad bin Ibrahim al-Taimi.

Namun tidak ada satu pun hadis sahih yang menceritakan fadhilat tertentu ketika memotong kuku.

Rujukan :

al-Fawaid al-Majmuah oleh al-Syaukani

Sumber :

40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur