Kepala Nabi Adam a.s. mencecah langit

Teks Bahasa Melayu :

Dilaporkan bahawa kepala Nabi Adam a.s mencecah awan atau langit. Ini sehinggakan kepalanya menyondol langit sehingga kepalanya botak. Ketika baginda turun ke bumi, baginda menangis kerana akan meninggalkan syurga lalu tangisannya itu menyebabkan terciptanya lautan yang kapal boleh belayar padanya.

Status :

Tidak sahih

Ulasan :

Dr Muhammad Husain al-Zahabi menyatakan kisah ini merupakan kisah Israiliyyat yang mengarut. (al-Israiliyyat fi al-Tafsir wa al-Hadith)

Rujukan :

al-Israiliyyat fi al-Tafsir wa al-Hadith oleh Dr Muhammad Husain al-Zahabi