Kelebihan Wanita Hamil

 Teks Arab

أن سلامة – حاضنة إبراهيم ابن النبي صلى الله عليه وسلم – قالت : يا رسول الله ! تبشر الرجال بكل خير ولا تبشر النساء . قال : أصحابك دسسنك لهذا ؟ قالت : أجل ، هن أمرنني . قال : أفما ترضى إحداكن أنها إذا كانت حاملا من زوجها وهو عنها راض أن لها مثل أجر الصائم القائم في سبيل الله ، فإذا أصابها الطلق لم يعلم أهل السماء وأهل الأرض ما أخفي لها من قرة أعين ، فإذا وضعت لم يخرج منها جرعة من لبنها ، ولم يمص مصة ، إلا كان لها بكل جرعة وبكل مصة حسنة ، فإن أسهرها ليلة كان لها مثل أجر سبعين رقبة تعتقهن في سبيل الله. سلامة ! تدري لمن أعني بهذا ؟ للمتعففات الصالحات المطيعات لأزواجهن ، اللواتي لا يكفرن العشير

[Teks Arab disalin dari laman web islamqa]

Teks Bahasa Melayu:

Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa sakit hendak bersalin, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah

Status:

Palsu

Ulasan Pengkaji Hadis:

[Hadis Tentang Kelebihan Wanita Hamil Dan Berjaga Malam Jaga Bayi]

‘Dalam hadis tersebut dinyatakan kononnya wanita yang hamil mendapat pahala seperti ibadah puasa dan lain lain ibadah bahkan setiap titis susu yang diberikan kepada bayi maka wanita itu mendapat keampunan.Jika si ibu berjaga malam kerana menjaga bayi maka dia akan mendapat pahala memerdekakan 70 hamba sahaya.’

Ia palsu kerana perawi yg bernama Amr bin Said al-Khaulani. Pandangan ulama hadis terhadap beliau:

  1. Imam Ibn Hibban berkata : beliau meriwayatkan hadis palsu dari Anas bin Malik yg mana mereka yg mendalami ilmu hadis akan mengakui kepalsuannya. [Al-Majruhin, jld. 1, hlm. 490]
  2. Imam Al-Zahabi berkata: beliau meriwayatkan hadis palsu [Mizan al-i’tidal, jld. 3, hlm. 261]

Rujukan:

  1. Al-Majruhin (jld. 1, hlm. 490)
  2. Mizan Al-I’tidal (jld. 3, hlm. 261)

Sumber:

Kajian Dr. Rozaimi

Lihat juga:

Kajian Ummu Abdillah