Kebajikan itu tidak akan musnah

الْبِرُّ لاَ يْبْلَى وَاْلإِثْمُ لاَ يُنْسَى وَالدَيَّانُ لاَ يَنَامُ فَكُنْ كَمَا شِئْتَ كَمَا تَدِيْنُ تُدَانُ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:  

“Kebajikan itu tidak akan musnah, dosa itu tidak akan dilupakan, dan yang membuat perhitungan tidak akan tidur. Maka jadilah kamu seperti yang kau inginkan, kerana seperti apa yang engkau lakukan, demikianlah engkau akan diberi ganjaran”

 

DARJAT HADIS

Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).

 

 KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

Imam al-Tharablusi di dalam kitabnya Kasyf al-Ilahi m/s 681.

-Imam Al-Baihaqi di dalam kitabnya Al-Asma Wa Al-Sifat m/s 79.

-Imam Al-Suyuthi di dalam kitabnya Al-Jami’ Al-Saghrir jilid 1 m/s 6116.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

-Imam Al-Suyuthi menyatakan sanad hadis ini daripada Abu Qilabah dan sanadnya Mursal.

-Imam Al-’Ajluni menyatakan bahawa riwayat ini mauquf (terhenti) kepada sahabat bernama Abu Darda’.

-Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini dhaif.

 

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki