Kami telah pulang daripada jihad ashghar (jihad kecil) menuju jihad akbar (jihad besar)

رَجَعْناَ مِنَ الْجِهَادِ اْلأَصْغَرِ إِلَى الْجِهَادِ اْلأَكْبَرِ قَالُوْا وَمَا الْجِهَادُ اْلأَكْبَرُ قَالَ جِهَادُ الْقَلْبِ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 “Kami telah pulang daripada jihad ashghar (jihad kecil) menuju jihad akbar (jihad besar). Para sahabat bertanya, apakah jihad akbar itu. Rasul sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda; Jihad hati(melawan hawa nafsu)”.

DARJAT HADIS

 Hadis ini tidak ada asalnya.

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  Imam Al-Fattani di dalam kitabnya Tazkirat Al-Maudhu’at m/s 191.

– Imam Al-’Ajluni di dalam kitabnya Kasyfu al-Khafa’, m/s 511.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

-Imam Al-Hafiz Al-’Iraqi ketika mentakhrij hadis Ihya menyatakan: Ia diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi di dalam kitabnya Al-Zuhd dan pada sanadnya ada kelemahan.

-Sheikh Syuaib al Arnaouth menyatakan hadis ini dhaif.

-Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini mungkar.

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki