Jika seseorang itu memiliki beberapa dirham di dalam pemilikannya lalu membahagikannya

TEKS BAHASA ARAB

لَوْ أَنَّ رَجُلًا فِي حِجْرِهِ دَرَاهِمُ يُقَسِّمُهَا، وَآخَرُ يُذْكَرُ اللَّهَ، كَانَ الذَّاكِرُ لِلَّهِ أَفْضَلُ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seseorang itu memiliki beberapa dirham di dalam pemilikannya lalu membahagikannya, sedangkan seorang lagi sedang berzikir kepada Allah, maka orang yang sedang berzikir itu lebih baik di sisi Allah.

 

STATUS
  • Hadis Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Berikut adalah keratan soalan dari emel semakhadis dan penyelidikan oleh Tim Semakhadis.com.

KELEBIHAN ZIKIR​

Sayyidina Abu Musa RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, ​”Jika di sisi seseorang terdapat wang yang banyak lalu dia membahagi-bahagikan wang tersebut (pada jalan Allah) manakala seorang lagi sedang sebok dengan berzikir maka orang yang berzikir itu lebih afdal.”​ (HR: Tabarani)

Mohon diberi pencerahan tentang status Hadith ini kerana saya cuba cari di halaman search semakhadis.com tapi tak berjumpa… Terima kasih. Semoga Allah merahmati dan mengampuni kita semua …

 

Jawapan

Sanad dan matan hadis ini adalah seperti berikut:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَلِيٍّ الْأَحْمَرُ النَّاقِدُ قَالَ: حدثنا عُمَرُ بْنُ مُوسَى الْحَادِي قَالَ: حدثنا أَبُو هِلَالٍ قَالَ: حدثنا جَابِرٌ أَبُو الْوَازِعِ، عَنْ أَبِي بُرْدَةَ، عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَوْ أَنَّ رَجُلًا فِي حِجْرِهِ دَرَاهِمُ يُقَسِّمُهَا، وَآخَرُ يُذْكَرُ اللَّهَ، كَانَ الذَّاكِرُ لِلَّهِ أَفْضَلُ»

 

لَا يُرْوَى هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ أَبِي مُوسَى إِلَّا بِهَذَا الْإِسْنَادِ، تَفَرَّدَ بِهِ عُمَرُ بْنُ مُوسَى “

 

Kata al-Tabarani: Muhammad bin Ali al-Ahmar al-Naqid telah memberitahuku, katanya: Umar bin Musa al-Hadi mengkhabarkan kepadaku: Abu Hilal memberitahuku, katanya: Jabir Abu al-Qazi’ telah memberitahuku, dari Abu Burdah, dari Abu Musa berkata: sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam (bermaksud): Jika seseorang itu memiliki beberapa dirham di dalam pemilikannya lalu membahagikannya, sedangkan seorang lagi sedang berzikir kepada Allah, maka orang yang sedang berzikir itu lebih baik di sisi Allah.

 

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, nombor 5969. Syaikh al-Albani mendaifkan hadis ini kerana terdapat dalam sanadnya perawi bernama Umar bin Musa, seorang yang dinilai daif oleh al-Zahabi dalam al-Mughni fi al-Du’afa’ (no. 4552). Kata Ibnu ‘Adiyy: Umar bin Musa seorang perawi daif. Beliau tidak meriwayatkan hadis itu tetapi mendakwa meriwayatkannya.

RUJUKAN
  • Sulaymān bin Aḥmad, al-Ṭabarānī. (n.d.). Mu‘jam Al-Awsāṭ. Kaherah: Dār Al-Ḥaramayn.
  • Muḥammad bin Aḥmad al-Dhahabī. (n.d.). Al-Mughnī fī al-Ḍu‘afā’. (Nur al-Dīn ‘Itr, Ed.). (n.p.): (n.p.).

 

MAKLUMAN

Penyelidikan ini telah biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Lihat Projek Semak Hadis untuk himpunan soal jawab status hadis.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs