Jika seorang lelaki bersin ketika sedang berbicara, maka itu petanda kebenaran kata-katanya

TEKS BAHASA ARAB

إذا عطس الرجل عند الحديث فهو دليل صدقه

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seorang lelaki bersin ketika sedang berbicara, maka itu petanda kebenaran kata-katanya

STATUS

Hadis palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Ibn al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif,

وَنَحْنُ نُنَبِّهُ عَلَى أُمُورٍ كُلِّيَةٍ يعرف بِهَا كَوْنُ الْحَدِيثُ مَوْضُوعًا:

Dan kami berikan amaran terhadap perkara-perkara umum [yang melaluinya] dikenali dengannya keadaan hadis yang palsu. (Di dalam buku ini akan dijelaskan beberapa ciri umum hadis palsu.)[1]

وَمِنْهَا تَكْذِيبُ الْحِسِّ لَهُ

Antara ciri-ciri hadis palsu juga ialah terdapat pendustaan yang jelas[2]

Setelah menyebut contoh pertama, beliau menyebutkan contoh seterusnya,

 وَكَذَلِكَ حَدِيثِ

Begitu juga dengan hadis berikut:

إِذَا عَطَسَ الرَّجُلُ عِنْدَ الْحَدِيثِ فَهُوَ دَلِيلُ صِدْقِهِ

“Jika seorang lelaki bersin ketika sedang berbicara, maka itu petanda kebenaran kata-katanya.”[3]

وهذا وإن صحح بعض الناس سَنَدِهِ فَالْحِسُّ يَشْهَدُ بِوَضْعِهِ لأَنَّا نُشَاهِدُ الْعَطَّاسَ وَالْكَذِبَ يَعْمَلُ عَمَلَهُ

Meskipun sebahagian orang mensahihkan sanad hadis ini[4], kenyataan ini membuktikan kepalsuan kandungannya. Ini kerana, kita menyaksikan berapa ramai orang yang bersin semasa berdusta.

ولو عطس مئة أَلْفِ رَجُلٍ عِنْدَ حَدِيثٍ يُرْوَى عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يُحْكَمْ بِصِحَّتِهِ بِالْعِطَاسِ وَلَوْ عَطَسُوا عِنْدَ شِهَادَةِ زُورٍ لَمْ تُصَدَّقْ.

            Kalaulah ada 100,000 orang yang bersin tatkala dibacakan hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW belum boleh disahkan bahawa hadis tersebut sahih dengan sebab bersin. Demikian juga, jika mereka bersin ketika disampaikan kesaksian palsu, maka persaksian tersebut tidak boleh dibenarkan.


[1] Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf, hal. 50.

[2] Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf, hal. 51.
[3] Direkodkan oleh Abu Ya’la dalam Musnad: 6352, at-Tabrani dalam al-Ausat: 6509, dan al-Baihaqi di dalam Syu’abul Iman: 9365.

[4] Ini adalah kenyataan balas terhadap kata-kata Imam an-Nawawi di dalam kitab fatwanya muka surat 113;”… direkodkan oleh Abu Ya’la di dalam kitab musnadnya dengan sanad yang bagus lagi baik (Jayyid Hassan)…”

RUJUKAN

  • Muḥammad bin Abī Bakr, Ibn Qayyim al-Jawziyyah. 1390H. Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf tahqīq. ‘Abd al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Halab: Maktabah al-Maṭbū‘āt al-Islāmiyyah, hal. 51.
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, hal. 43.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!