Jauhilah hasad dengki

إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ، فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Jauhilah hasad dengki. Sesungguhnya hasad itu menghapuskan kebaikan sebagaimana api membakar kayu”

DARJAT HADIS

 Hadis ini bertaraf Dhaif (lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Abu Daud dalam Sunannya, hadis no. 4905.
  • Imam Al-Baihaqi dalam kitabnya Syu’ab al-Iman, hadis no. 6333.
  • Imam Abdu bin Humaid dalam kitabnya Al-Musnad, hadis no. 1434.

  

KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Imam Ibnu Hibban berkata : Datuk kepada Ibrahim, iaitu salah seorang perawi hadis ini tidak disebutkan namanya siapakah dia (Mubham) sehingga dia termasuk rawi yang majhul ‘ain.
  • Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini dhaif kerana kemajhulan datuk Ibrahim.

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki